sila meninggal.
semalam selepas buat second post mortem di district, aku terus naik ke bahagian atas bangunan (sebab autopsy room memang tak ada line phone langsung. nasib la kalau terperangkap dan land line kau kiok haha).
ikon contact ditekan maka terteralah lists of contacts.
B - U - R - H
okay jumpa. aku call. trutttt truttt.
satu perbualan ringkas berlalu, dan keseronokan juga didengari di sebelah sana. yelah kawan lama nak jumpa. hati harus girang.
kawan aku tu insyaAllah akan masuk program surgery nanti. memang dah lama cita cita dia nak jadi surgeon. well, cita cita kami hampir sama, tapi pendekatan dan subjek sedikit berbeza. kami hanya sempat berbual di bilik persalinan. masa tak ada tapi kami tamak. jadi kami grab sahaja apa yang ada. reminisced old memories, update kawan kawan lama. hati rasa seronok. talking about old memories dan apa yang kami pernah buat sangat menggamitkan.
teringat ketika kami berulang alik daripada gua musang ke kota bharu suatu ketika dahulu. most of us medical officers dekat district sana LDR dengan keluarga masing masing. hanya ada few je yang bawak family dan settled dekat sana. buat kami yang tak ada pilihan lain, kami hanya berulang alik, almost every 3 days. daily pun ada dengan kereta. perjalanan sejauh 200km sehala itu kami tapau sepuas hati.
selalu sahaja kami balik secara konvoi. melenjan kereta masing masing menelusuri kepadatan lebuh raya gua musang kota bharu. setiap lekuk jalan, selok belok, selekoh, lubang, kawasan lembu melintas, kawasan anjing banyak, sejauh mana lagi jarak memotong, double line dan macam macam lagi. memotong lori balak beramai ramai. few near missed (astaghfirullah).
biasanya checkpoint favourite kami adalah di Caltex di Pulai Chondong dan kebiasaannya adalah pada waktu maghrib. 30 minutes sahaja dari Kota Bharu. kami akan berhenti disitu, berehat sebentar sambil berbual ringkas tentang apa yang telah kami lalui. stupid decisions, hampir langgar orang, hampir eksiden dan banyak lagi benda bodoh yang ketika buat tu takut berdebar macam nak mati, tapi bila dicerita balik, boleh jadi gelak ketawa. usai solat jamak berjemaah, kami akan mula bergerak pulang mengikut haluan masing masing.
pada waktu pagi pun begitu juga. kalau masuk shift pagi tu memang pecut la nak tumbuk kad (punch card) sebelum waktu dia. sampai dekat destinasi je masing masing brag walau keluar pada waktu berlainan (something that were not proud of). ada juga few kereta yang kami recognised yang ulang alik macam kami, tapi tak sure destinasi dekat mana. tapi geng lenjan jugak la waktu pagi tu.
yang orang cakap, the destination doesnt matter, the journey does. betul. i found peace and comfort during driving. aku boleh dengar lagu kesukaan aku sehingga volume 15, dan menyanyi till your lungs out. its kinda me time, actually.
now benda benda camtu dah tak ada. everyone changes, begitu juga kehidupan aku. but its okay. no matter what happens, some memories can't never be replaced.
Mofar Rahman,
Rumah Kita.
