“Malia akan pergi ke Temasik ni Budin.”
“hah? berapa lama kau nak pergi sana?” tanya Budin sambil menghempas pelepah pelepah kelapa yang baru dikutipnya sebentar tadi.
“Malia pergi sana 5 bulan ikut Abang Zikhri jual gegelung nyamuk dekat sana. nanti lepas tu kita jumpa lagi eh”, kata Malia sambil menyusun mangkuk tingkat berwarna merah miliknya, seraya melambaikan tangan kepada Mak cik Zubaidah, ibu si Budin.
“ha yelah” Budin mencebik.
“Selamat tinggal Budin! jumpa lagi!” jerit Malia sambil membonceng motosikal bersama ibunya yang kebetulan lalu sesudah usai mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita Kampung Padik.
Budin hanya melihat Malia hilang perlahan lahan daripada pandangannya.
hampeh, getus hatinya.
semenjak hari itu kotak surat menjadi sahabat baik Budin. dari sehari ke sehari Budin tidak jemu membuka kotak surat tu, risau kalau ada surat daripada Marliyani. tapi warkah tak kunjung tiba.
“ah, esok pasti ada” omong Budin sendirian sambil menutup kotak surat yang setia terpacak di hadapan rumahnya.
daripada pagi sebelum ke hutan, tengahari selepas usai solat zohor di surau, maghrib selepas bermain badminton dengan jaguh kampungnya Mukhlis, malah malam sebelum tidur si Budin pasti akan memeriksa kotak tersebut dengan harapan. tapi kotak tersebut kosong seperti kosong hatinya.
ada satu hari Budin hampir bersilat dengan ayahnya Pak Cik Paman, kerana ayahnya itu mengugut untuk mencabut kotak surat itu, risau akan anaknya yang katanya terlalu ‘attached’ dengan kotak surat tu.
“Si Budin tu nampak ‘attach’ sangat dengan kotak tu Dah woi” kata Paman kepada isterinya.
isterinya Zubaidah hanya membuat wajah hairan sebab dia tak tahu maksud attach tu apa.
hampir 2 hingga 3 hari sekali Budin akan menulis surat untuk Malia, tetapi dia tidak tahu kemana, kepada siapa yang akan dia utuskan. jadi lembaran lembaran tersebut hanya disimpan di dalam kotaknya. itu pun hanya separuh yang disimpan. separuh lagi dibuang. katanya tak macho tulis surat ke orang perempuan.
begitulah Budin setiap hari selama 5 bulan.
pada suatu tengahari Jumaat, baru sahaja pulang daripada solat Jumaat. motosikalnya di parking sebelah kotak surat tersebut. laju langkahnya kerana lapar nak makan nasi masakan ibunya. lauk sambal ayam petai katanya.
namun langkah Budin terhenti.
Pett pettt!
motokar berwarna kundang yang tidak pasti modelnya tetapi Budin pasti pemiliknya. Mak Cik Fatimah bersama Malia tiba ke rumah Budin. Malia membawa bersama mangkuk tingkat merahnya itu, sambil berjalan ke arah Budin.
“Budin rindu Malia tak?” tanya Malia, mengharap jawapan jujur.
hati Budin rasa nak menjerit! darah mudanya menggelegak kegirangan! suka hatinya tak terkata! kekasih hatinya sudah pulang!
“Biasa je” Budin membalas selamba dengan muka jemu, mata separuh terbuka (ke separuh tertutup?)
“Silakan naik, Timah, Malia. Makcik Zubaidah mempelawa.
selepas itu hari hari mereka diteruskan seperti biasa.