Tuesday, November 16, 2021

Aku dan Covid

 Assalamualaikum


syukur rasanya dapat menghirup udara dan oksigen yang diprovide oleh Allah. dasawarsa kini di mana ada manusia bertarung dengan nyawa untuk menghirup udara segar dengan daya sendiri, tanpa bantuan wayar yang dipenuhi salur oksigen, terus ke hidung.

aku pengamal dan pegawai perubatan, dan aku bertugas di unit kecemasan dan trauma. setiap hari akan ada kes COVID 19 masuk ke zon SARI aku. ada yang selesa, ada yang bernafas dengan tidak selesa. urut dada, berpeluh meminta nyawa. aku hanya mampu berikan yang terbaik. berikan mereka apa yang perlu.

dan kini aku sendiri diserang covid.

hari pertama, aku gambarkan seperti sakit tubuh. lenguh lumpuh. berat belikat. demam menggigil. memang menggigil. dah lama aku tak menggigil. tapi aku syak ni mungkin demam post 3rd dose (oh lupa aku mendapat 3rd dose 1 day prior symptoms). 

hari kedua aku oncall. sakit tubuh masih ada. demam pun masih ada. aku berasa sihat, tapi colleague aku cakap aku monyok. tapi aku tak rasa semua itu. mungkin sebab ralit tackle management, treatment untuk patient aku. persetankan. aku ada oncall untuk dihabiskan. at the end of the day, semua yang aku makan, terasa tawar.

hari ketiga. aku postcall. pagi tu aku swab test sendiri hidung aku. batang swab sepanjang 12cm (aku agak) aku rodok masuk ke dalam lubang hidung kanan, terus sampai ke bawah, lantai tulang sphenoid. selepas tu aku pusing tiga kali ke kanan, berhenti seketika, dan tiga kali ke kiri dan aku tarik keluar. well, aku terus terang cakap swab sendiri tak sakit, berbanding suruh member ambikkan. yeah. sebab aku boleh control the pain, my pace, my time. takpayah nak "ok pakcik kira 1, 2, (masukkan swab cepat pusingpusing dan tarik keluar) 3, 4, 5 haa siap!" side effect batuk dan berair mata itu biasa. 

"hello. dr. dr positive ya" seperti yang aku jangkakan, namun aku tak mampu nak sembunyikan nada terkejut. aku pun pening. aku dah expect aku positif, tapi aku terkejut bila aku positif. entah lah nak. 

wajah anak anak isteri dan keluarga terdekat muncul satu persatu ibarat slide show dalam kepala. bagaimana dengan mereka. ada symptompkah? diorang okey ke tak tu? dan aku pun terfikir pasal diri aku. dah lah gemuk. obese. ada comorbids. orang lain kena kuarantin seronok sebab diorang at least cat 2 pun tiada penyakit. aku ni? nak rasa seronok pun takut. yelah. mana tahu, tiba tiba mati.


naudzubillah.


hari ke empat aku ke pusat CAC di Pengkalan Chepa. ramai orang bawah kanopi di tengah matahari yang panas. ada dua kanopi; satu untuk pendaftaran kes COVID yang baru, dan satu lagi untuk kes yang ada temujanji CAC. beratur agak panjang. kerusi pula limited. ada yang datang sorang. ada yang datang lima beranak siap bawak anak kecik, (baby even) pakai gelang pink. ada few borang, few taklimats. few itu ini dan setel dekat first kanopi. alhamdulillah lah aku ni doktor jugak takpayah la staff nak cerita panjang panjang dekat aku. "doktor ya, kira tak payah cerita la kan?? nah sign sini, sambil tunjuk ke beberapa ruangan bergaris kosong panjang untuk aku turunkan tandatangan. tiba tiba eh rasa macam mudah nye kerja kauu, tetiba eh rasa alhamdulillah tak payah duduk lama. 


ada satu borang yang aku kena isi, iaitu borang AOR (at own risk) borang discaj dari PKRC atas risiko sendiri. disebabkan aku ni gemuk dan banyak penyakit, aku dinasihatkan (baca disuruh) untuk kuarantin di PKRC sebab nak anticipate worst case scenario. aku dengan yakinnya aku menolak. aku memilih untuk kuarantin di rumah. aku cakap dirumah aku ada bilik asing, bilik air asing. konfem tak bercampur dengan anak bini heh. pegawai perubatan situ hanya mencebik. aku tak kisah. salah sorang doktor situ colleague masa houseman. aku tegur dia, dia cakap eh ha ye ye. entah ingat ke tak dekat aku tu.

hari kelima. aku mula membiasakan diri dengan kuarantin di rumah dibawah kuasa AOR ni. menakutkan. yelah. pegawai perubatan. ingkar arahan kkm. lepas tu kalau jadi pape nanti susah kat rumah. tawakkal je lah.

sejak kuarantin dirumah ada beberapa perkara yang menakutkan berlaku. paling obvious? aku ada tanda amaran. iaitu diarrhoea. berak cair adalah tanda amaran ya tuan puan. aku loose stool ni 2 kali je. hari ke lima sekali. dan hari ke tujuh dua kali. my bad adalah apabila dalam my sejahtera daily follow up form tu aku isi "nil" for warning signs. dan aku tak tipu, first few days kuarantin aku ada sedikit payah nak bernafas. dia macam ada orang duduk atas dada kau. nafas tarik tu jadi panjang dan berat, hela keluar nafas pun lama dan kadang kadang kau rasa diri kau ni tak bernafas (apneic). tapi setiap kali aku rasa macam tu, cepat cepat aku ambik pulse oximeter, dan kira aku punya SPO2. 99, 98. static. so it should be okay.

keluarga aku pun dok call pagi petang siang malam tanya keadaan aku. well of course sebagai seorang yang profesional, aku akan cakap semua okay. semua good. semua tiptop.

maybe ini lah yang patient aku hadap, datang dekat ED aku, komplen sesak nafas, walhal oxygen saturation cemerlang. well brother and sister, i feel you.

surely apa yang aku buat ni berisiko. dan sangat bodoh lah lepas aku tulis entry ni, aku mati. dan ada orang jumpa, baca dan kantoi aku neglect aku punya insight pasal self monitoring covid ni. tapi insyaAllah judgement aku betul. aku serah semua dekat Allah. harapharap tubuh aku kuat dalam melawan virus covid ni.

dan alhamdulillah few days dah ni, aku punya breathing effort dah kembali pulih. dada ada rasa sedikit ringan, tak macam first few days, dan im grateful for that.


hari keseterusya, macam biasa. aku bangun pagi. awal juga. duduk lama dikatil, menunggu kekuatan kedua untuk aku gagahkan diri keluar dari tempat tidur, untuk tunaikan solat subuh. tapi setiap kali bangun tu, rasa dia lain macam. macam aku tahu keluarga aku, isteri aku dan anak anak tidur dibilik sebelah, tidur tanpa aku. dan aku pun tidur tanpa mereka. di waktu hening pagi, dengan keadaan sekarang menambah kesunyian dalam kepala aku.

beberapa ketika terdengar anak anak aku bangkit. menangis meraung meragam pagi pagi. haih Bunyamin. takboleh keee awak tenang pagi pagi. kesian dekat ibu. abi okey je suka dengar suara awak pagi pagi. si Opie pulak lately suka bangun lambat. kena ibu nya jadi singa berapi baru bangun ambik towel dan pergi mandi. aku hanya mampu jenguk dari birai pintu. jelingjeling kasar. tapi tak boleh pergi dekat.

Ya Allah rindu bethol nak peluk anak anak dan isteri.


Moga aku terus berada dalam kategori 2, dan terus sihat sampai habis tempoh kuarantin. tak sabar nak keluar dari tempoh isolasi gini. memang aku diberi satu all in one, ruangan akses ke internet unifi yang sangat laju, streaming movie, youtube tanpa henti, dan beberapa biji buku yang aku azam ingin habiskan sebelum habis tempoh kuarantin, tapi gerenti aku cakap. semua benda tu tak dapat mengisi kekosongan, kerinduan aku nak peluk, sayang, dan bercakaran dengan keluarga kecilku.


terima kasih kepada yang membantu aku dalam tempoh kuarantin ni.



Mofar Rahman