SELEPAS KEPERGIANMU
26 November 2016
Hari berganti tanpa terasa
Usia kita semakin bertambah
Waktu terus berjalan
Sang isteri yang amat setia,
dan sabar
Sedih dukacitanya amat tulus,
dan anak-anakmu, masing-masing
membawa emosi sendiri
diam berhari-hari
Hati mereka
ada yang menangis di kamar
ada yang menangis di kuburan,
sambil mengumit aayat-ayat
alQuran dan bedoa : mohon
keampunan
jika daddy terbawa kesilapan.
Selepas kepergianmu,
Isteri dan anakanakmu
melakukan paling terbaik,
segala ajaramu.
Sejak hari pertama
dia bergelar isterimu
dan semua anak-anakmu
dari yang sulung
hingga yang bongsu tengah
bermanja
amat berdukacita
mengenang kepergianmu.
Waktu teruskan setiakan
kelumrahan;
tanah perkuburan,
menumbuhkan rumput hijau
dan batu-batu nisan,
menyelimutkan, segala ajaranmu
kepada isteri dan anak-anak.
Semoga rohnya berada
dalam redha Allah bersama
orang yang dijamin syurga.
Alfatihah.
************************
status ini naik di talian masa facebook aku. status ini telah ditulis abah dalam lima minit yang lepas. dalam diam abah merindui abe. memang abah tak tunjuk but of course he misses his eldest son. anak pertamanya. anak kebanggannya.
setiap jumaat pagi abah akan ke kubur. sebelah kubur abe ada kubur nenek. dekat kubur nenek ada kubur adik abah. semua dekat dekat.
dan abah tak pernah miss untuk berteleku disitu, menyedekahkan surah yassin dan bacaan lain dengan harapan sampai untuk tambahan pahala untuk si mati. siapa sangka si abah akan menyedekahkan alfatihah untuk anaknya sebelum sebaliknya.
tiada yang aku harapkan selain diampunkan dosa kedua ibu bapaku, disejahterakan kesihatan, dan dipanjangkan umur keduanya.
Mofar Rahman