Sunday, November 15, 2020

Sophie, 3 years old.

Sudah tiga tahun umur budak ni. betul la orang cakap. anak ni kita tengok dia hari hari, macam lambat je nak membesar. tapi sebenarnya dia growing dengan sangat pantas. 


baru semalam merasakan dia sangat kechil di dua tapak tangan aku, nangis pun seakan merengek. mandikan dengan jirus belakang depan dalam tab pink (mostly wife dengan mak mertua aku yang buat). tiba tiba dah boleh berjalan. hari ni dah boleh melompat. hari ni juga tiba tiba hari ni dah lari. dah dapat mulut. cakap banyak. dah boleh buat teman sembang. teman gaduh.


Sophie Salsabila sudah berumur tiga tahun. perangai pun dah macam macam. 


sekarang bangun tidur dah mula lambat. kalau dulu dia yang kejutkan kami. sekarang ni dia yang susah bangun. kena kejut banyak kali. kena goncang goncang angkat dia biar berdiri baru dia boleh buka mata pergi mandi. lepas mandi biasa ibu upah susu satu botol sambil tengok ejen ali atau boboiboy. 


Sophie lebih memilih ejen ali atau boboiboy berbanding princess sofia atau barbie. frozen pun dia tengok gitu gitu je. aku rasa sebab aku tak bagi choice. entahlah. lepas tengok cerita tu mula la nak apply itu ini. "boboiboy kuasa tiga!" lepas tu tumbuk perut aku. "tendangan laju tumbukan padu!" lepas tu abi dengan ibu jadi mangsa.


sophie, sophie.


now main nak berteman. ibu even belikan satu set dapur kayu ada dua penunu dengan satu microwave cantik. memang cantik. dia main. sangat suka main tapi nak kena berteman, main sama sama dalam playroom. kalau kami duduk berehat di luar dia akan ada sama. tak masuk dalam playroom dia.


makan dah mula memilih. dulu suka udang, sekarang sudah kureng. dulu suka ikan, sekarang dah kureng. dulu suka makan brokoli, karot, sekarang cebik je. dah mula suka ayam goreng salut tepung. nasik taknak. jajan memang pantang nampak. memang kena marah dulu, kena ugut itu ini baru habis sekepal nasi. ya Tuhan. payah bethol nak suruh kau makan ya anak 


perkataan sorry macam dah payah nak keluar. ibu dia cakap she will apologize, eventually. katanya dia akan reda sedikit lepas tu nanti dia akan randomly minta maaf, for whatever she did. dia recall. dia ingat detail. tapi dia tak akan minta maaf masa tu. 


aku ada beberapa kali tanya kenapa tak minta maaf? dia cakap dia tak rasa salah. maybe dia tengah proses what happened dan kenapa dia kena minta maaf. 


sophie sudah mula persoal kenapa aku marah dia. each time dia akan counter. dia minta clarify kenapa aku kena cubit dia, marah dia. she is getting smarter. so aku kena explain almost everytime kenapa aku marah dia. biasanya lepas tu dia akan marah aku balik. 


"kenapa tokmi ibu acu baba tak pernah cubit opie? abi je cubit opie"


well...... you need that. haha.



take care opie. jangan membesar cepat sangat. 



we miss you, even youre right here, sleeping next to us.








Abi.