Tuesday, December 10, 2019

Jom Main Bola!

Assalamualaikum.


Well. Bola sepak. Siapa je tak tahu benda alah ni. Permainan yang tersohor di dunia. Permainan yang dialu alukan di seluruh dunia. Katanya sukan yang menyatukan. Kemana sahaja aku pergi, soalan pertama yang ditanya, "kau main futsal? Kau main bola?" Dan jawapan aku ringkas dan sentiasa satu:

Tidak.

Sejarah aku dengan bola sepak tidak berapa cantik.

Ketika disekolah rendah bola sepak hanya aku join ketika aktiviti PJ. Adakala seronok. Adakala suram. Tapi best la kot. Main sambil berkubang dalam lumpur, daripada kena lari keliling padang 5 kali.

Aku ingat lagi ketika di form 3, ada satu temasya sukan specifically bola sepak yang diadakan pada tahun tu. tahun tahun sebelum ni tak pernah ada pun. Nak dijadikan cerita setiap kelas dikehendaki menghantar dua pasukan. Ada 4 kelas, jadi lapan team. Bermain secara liga.

Ditakdirkan tuhan pada suatu petang acara tu, aku melalui salah satu bilik yang agak meriah (tengok kepada jumlah kasut yang bertaburan dihadapan pintu bilik). Bising, gegak gempita, entah apa lah yang dibincangkan, lalu aku ke sebelah tingkap untuk pasang telinga.

Diorang tengah decide siapa team siapa. Nampaknya aku seorang sahaja yang tinggal dan diorang masih belum putuskan untuk masuk ke team mana satu. Team A ke? Team B ke? Entah. Semua kapten kumpulan masing masing menolak aku. Katanya aku kaki buta, tak reti main bola.

Aku yang curi dengar tu agak tersentap. Yelah, cari penyakit kan. Ada sedikit berkecai jugak lah jiwa. Sebelum ni aku main dengan team diorang, katanya aku hebat backup. Tapi rupanya orang yang sama tikam aku dari belakang.

Itsokay, man.

Sejak dari itu, aku tak pernah main bola. Futsal. Dan seangkatnnya. Aku jadi menyamph. Benci.

Aku cuba beralih ke bola keranjang. Sukan yang aku sangat enjoy, sukan yang aku mula "keluar dari kabus" dan terang dihadapan cool kids. Diorang nampak aku. Diorang recognise aku. Diorang nak aku dalam team diorang, even berebut untuk dapatkan aku. Gelanggang bola keranjang MRSM Kuala krai satu satunya tempat aku rasa accepted, and i did perform well.

Tapi macam biasa, sentiasa ada yang hebat daripada aku. Lagi cergas, pikap, tangkas dan pantas. Aku sedar, aku hanya average. Yep. Hampir semua bidang or perkara yang aku buat, aku average. Study? Amal? Social? Hobi? Sukan? Kerja? Knowldgewise? Always average.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Jadinya malam ni, aku diajak kembali untuk bermain futsal. Bersungguh sungguh diajaknya. Ini kali kedua sesungguhnya. Aku sudah berdalih untuk kali pertama dan tidak tahu alasan untuk kali kedua. Puas sudah aku fikir, namun tempuh sahaja malam ni, itu sahaja caranya.

Ada beberapa member lain diajak.

"Aku tak pandai main jugak. Jom lah"

"Aku pun tak pernah main ni. Dah 2 tahun tinggal"

Bullshit.


Aku juga cakap dah 20 tahun aku tak main. Dan tak pernah pandai main. And yes im not talking crap. Tapi diorang tak percaya. Aku sudah tahu aku akan retakkan harapan ramai orang malam ni.

So the game started. Asalnya aku duduk di bangku sahaja. Namun ada seorang ni berpura pura penat dan paksa aku untuk masuk kedalam court. Aku menolak sesungguhnya, tapi seolah tidak diendah.

Masing masing bermain dengan mantapnya. Dirembatnya bola sekuat hati. Tackle sana sini, approach bola dengan sangat kemas. Passing sangat mantap. Kaki diorang seolah ada mata dan jiwa, boleh dihantar, menghantar bola kepada pemain lain dengan tepatnya, dengan kelajuan dan tujahan yang betul. Leret ke, lambong ke, rembat ke. Kemas.


Then, theres me.


Kalut, pass bola tak pernah dapat ke team sendiri. Tak dapat sumbat gol sebijik pun. Sorang sorang seakan terpaksa pass bola dekat aku sebab diasak oleh kumpulan lawan, lalu aku sia sia kan usaha diorang. Tiada lagi sorakan semangat untuk aku untuk join the game. Team aku bermain dengan senyap, tertekan. Hanya daripada lawan sahaja yang hoh sana hoh sini. Aku perhati, aku nampak.

Aku mengundurkan diri selepas 15 minit merosakkan permainan, duduk di bangku luar. Tiada lagi tawaran gantian untuk aku. Tinggal aku di bangku sorang sorang. Sesuailah.

Kaki bangku.



Aku tahu aku dah hampakan semua orang, and you know what, aku tak kisah. Aku sedar diri aku. Lain kali aku faham kenapa aku tidak diajak.


Takde ke dekat sini yang hobinya sama macam aku? Passively lying on the bed, reading books, enjoying netflix, collecting diecasts? Tidak. Aku dah survey. Tiada orang yang sama hobi dengan aku.

Now, sekali lagi, aku tak ada tempat nak share aku punya interest.


Itsokay. I dont need that.





I just need me.



pergi mampus semua orang.





Mofar Rahman.