Saturday, October 12, 2019

Rindu aku

kepulangan sekejap aku hari ini ke rumah dengan sambutan yang diterima yang sungguh mengujakan membuatkan aku bertanya tentang satu perkara.

pada mulanya aku sampai ke rumah seawal 530 pagi. aku cuba ketuk pintu bilik aku yang berkunci namun tidak berjawab. lalu aku rebahkan diri ke sofa di ruangan tivi. pukul 630 pagi ummi kejutkan untuk solat subuh dan aku dengan malasnya bangun dan menuju ke bilik. aku pulas tombol pintu dan aku tolak. anak aku sedang melompat lompat ke atas katil.

Abi! kami sama sama jerit.

tapi dia dudukkan diri dan tunduk ke bawah lalu menangis. aku dekatkan diri ke anakku yang berumur 2 tahun tu dan aku peluk. dia peluk aku lagi erat, untuk agak lama.

"awak sampai pukul berapa lagi?" tanya isteri

"ada dalam pukul 530 tadi. saya dah ketuk tapi awak tak dengar kot"

"lah patut lah Opie suruh bukak pintu dari tadi, katanya abi dah balik. Ibu sorry ya Opie ingatkan opie main main"

anak aku terus menangis.

hari ini Opie behave sangat. semua yes yang aku cakap dia turuti. juga semua no. semua arahan diikut tanpa gagal. suruh makan nasik? makan. cakap nak keluar dengan ibu nak beli barang? okey. cakap abi nak pegi work? okey. biasanya payah jugak nak lepas. everything was so smooth

wife aku pulak berseri seri keluar dengan aku hari ni. mengenakan tudung putih bunga oren yang aku belikan dia online tempoh hari. senyum sepanjang hari. peluk sepanjang hari. cakap, cerita tak berhenti.

ummi dan adik bersungguh sungguh masak nasik goreng kurma dengan ayam bakar. sos kicap tomato bersama coselaw lagi. tak penah buat tu sebelum  ni melainkan ada occasion ramai ramai. pukul 12 tengahari dah siap masak haa.

abah sentiasa tenang. tak sempat aku untuk duduk bersama dan berbual lama dengannya. ada short conversation dalam perjalanan pulang dari solat jumaat. he was very responsive, giving thoughts and ideas. seronok aku berbual dengan abah tadi.

dan pukul 4 petang tadi aku tinggalkan rumah, naik grab dan ke stesen bas untuk kembali untuk oncall esok. aku meninggalkan keluarga sekali lagi.





semua gesture ini membuatkan aku berasa sangat terharu.



adakah ini makna rindu? kalau ini bukan maka aku tak tahu apa lagi jawapannya.


bukan aku sahaja yang merindui kalian. malah kalian merindukan aku, lebih lagi




Mofar Rahman