Saturday, October 12, 2019

Keluh #3

Pukul 910 malam aku tiba di stesen bas. 10 minit perjalanan kemudian aku tiba di asrama lelaki hospital. tampaknya aku seorang sahaja dalam bangunan ni. tiada gaya orang lain.

yep. aku seorang.


saat ini aku tertiarap di atas tilam yang disediakan. cadar biru. selimut warna cream. lampu bilik sudah dipadamkan. hanya bertemankan lampu tidur yang dibeli di kedai Eco rm2.10.

baru sahaja selesai menghabiskan season 3 Lacasa de Papel. series dari negara latin tentang money heist. very recommended. full of suspense, plot twists. tapi season 3 ni hype dia lain macam. dan pengakhiran season ni buat aku geram. dah helok klimaks, kena tunggu season 4 pulak.

sampah.


dan aku kembali ke katil. berseorang. kalau aku dalam posisi baring, lalu aku pejamkan mata, toleh ke kiri aku akan nampak anak aku. dia akan tidur mengiring, tangan yang sebelah atas akan diletak di belakang. balancing katanya. sebarang pergerakan akan membuat dia seakan akan tersedar. aku lupa bila masa aku letak sensor pergerakan. tapi begitulah anak aku.

then there she is. my love of my life. isteri aku disebelahnya. selalu terlihat kepenatan ketika tidur. cantik seperti di siang hari, menawan di kala malam. pergerakan tidurnya limited sebab anak aku dia... kan aku dah cakap tadi.


tapi sekarang bila buka mata, aku sedar aku sebenarnya masih sendiri. kelajuan kipas di nombor 5. tingkap ditutup rapat sebab nanti jerebu akan masuk dan mula la bilik bau haze. sangat menyakitkan hidung.


perasaan ini sangatlah tidak best. pada mulanya aku ingat aku boleh go through this shit since anak bini aku semua dah okey. padahal tak. aku lemah tanpa diorang. hati aku sangat rindu. hari hari rindu. tapi aku tak boleh buat apa. video call, whatsapp? you name it.

feel dia lain kau tahu.


entahlah. LDR is sickening.


0026H. baik aku tidur dulu. esok oncall. aku tak boleh bayang apa yang telah disusun untuk aku esok. harap harap bukan kes yang parah. most importantly, bukan paeds case.


amin.



Mofar Rahman.