Assalamualaikum
sejak dua menjak ni aku rasa gerak geri aku diperhatikan. maksud aku, dekat tempat kerja lah. kalau dekat rumah tu memang lah anak bini aku duk perati dekat aku silap hari bulan melompat terkam aku dua dua sekali hah hah.
to be direct, aku sebenarnya mendapat emotional assault daripada colleague aku sendiri. ya. yang senior itu.
one day di pagi yang hening aku ke kauntet kecemasan (biasanya orang yang postcall tidak akan bertapak disitu melainkan kau ada kerja) jadinya aku nak buat kerja, lengkapkan borang RME untuk dihantar ke misi incharge TB pada hari itu
dia hentam aku kemain, cakap orang oncall (kalau semalam aku lah yang oncall) bila orang shift malam masuk dia dah malas nak tengok kes. mula slow. mula mengalah. nak pergi mandi lah apa. dia cakap geng perempuan selalu macam tu. (semalam aku tak sempat setelkan kes hijau sebab aku tengah handle banyak kes yellow on the plate. masa dia datang tu dia nampak je aku kad OPD berderet untuk di setelkan. tapi entah shaitan musibat mana lah yang buat dia jadi macam taknampak. kau ingat aku sesuka hati duduk goyang kaki ke setan?
astaghfirullah. panas pulak.
selepas aku dengar celoteh dia tu... aku simpulkan baseline mamat tua ni
1. orang oncall tak payah nak merasa kau dapat privilege sangat lah. kau kerja, kau kerja sampai mampus.
2. kau kalau masuk shift petang dan kau dah nak balik malam tu, pastikan tidak ada kad atau pesakit kes hijau nak di pass ke orang malam. kau kena setelkan jugak.
3. orang oncall kalau kau nak mandi, kau mandi time maghrib. ni tak, masa orang malam masuk terus nak mandi la. nak rehat la. nak solat la.
4. orang oncall kalau kau tahu kau nak masuk tidur pukul berapa pun, kau all out. kau tengok kes sampai habis. baru lah kau pergi tidur.
eh mangkuk tua lahanat.
jom aku describe masa kau oncall dan sebab kenapa kau dengan baseline kau boleh pergi jahanam.
1. kau punch in pukul 8. kau makan. lepas tu kau masuk kerja pukul 930.
2. kau banyak main talipon. kata nak uruskan hal rumah yang maha endless tu. kau bukan tengok kes sangat pun
3. kau makan tengahari pukul 1. kau masuk balik kerja pukul 3 setannnnn.
4. lepas tu maghrib kau masuk mandi buat segala hal kau. pukul 9 baru tunjuk muka.
5. Dengan aku malam tu kau tengok movie. aku yang shift malam ni terhegeh hegeh tengok kes sorang sorang kau sembang, borak. mengantuk apa semua even malam pkul 1130 baru. kau sembang kencang kenapa? aLL oUt SEbEluM tIdO lah sangat.
kau dua kali lima je dengan aku. kau buat salah. kau bukan maksum. tapi kenapa kau cakap macam kau malaikat?
kau cakap kau dapat source dari 2 orang member kau ( member aku jugak. A dan B. not saw them coming actually) dan seorang MA.
kalau kau nak tahu
A tu yang kau sanjung bela apa semua, kalau dia dah duduk dekat green zone, even loceng kes kuning berpuluh puluh masuk kau tak akan jejak masuk yellow zone bro. kau duduk helok je dekat situ, battle dengan kes hijau, padahal kau tahu priority kan. lepas tu komplen kenapa aku tak pergi zon hijau. sebab aku sibuk di kes kuning la brader.
B. B ni member aku yang baik tapi tak sangka dia baham aku ikut belakang. mamat ni sekali tengok kes lama nak mampus. bila dah pegang satu kad kes kuning sampai ke sudah dia tak akan tengok kes lain.
MA yang kau dengar cakap tu? haram. datang kerja nak goyang kaki. kau tahu ada satu hari tu kes red zone masuk. baru je masuk. dia rilek je datang dekat kami cakap ada kes hijau banyak tak tengok lagi. kau nak apa ni? tengah kalut kalut stablize patient kau keep reminding that shit kau ingat kami tak nyanyuk ke. lepas tu komplen kami MO lambat tengok kes hijau. lepas tu sampai dekat si senior tua tu mula la melenting. dengar cerita sebelah pihak je. dua dua boleh pergi mampus.
sungguh aku kecewa. aku tak tipu. masa datang sini, dialah senior dia lah terbaik, dia lah dewa. tapi sekian lama aku dapat rasakan semua benda tu habis dikikis oleh persepsi dan expectation aku yang kian luntur setelah mengenali kau selama 1 tahun lebih ni. aku almost anggap kau macam abang aku. rupanya kau.... you are the worst. menyesal aku.
at this point, bagi aku. aku rasa tak perlu lah aku nak ambik semua kata katanya. yang baik jadikan teladan, yang buruk aku harap anak bini kau tak contohi kesetanan kau. aku terus jadi diri aku, buat yang terbaik untuk profesion ini. rawat orang yang perlukan bantuan. sebab kalau kalau cuba pretend diri sendiri tak ada guna. aku tak reti nak bergaduh. aku tak reti nak bangun, tinggikan suara, tegakkan point aku. aku tak ada keyakinan hebat macam itu. pada akhirnya aku selalu kalah. aku selalu disalah anggap. sebelum di malukan aku rela berdiam diri. hanya perbuatan dan tingkah laku aku yang mampu aku buktikan yang kau orang sebenarnya silap tentang aku.
moga Allah bantu.
Mofar Rahman.