Assalamualaikum.
Kenapa hari ni aku letak tajuk macam nak buat buku teks? SiStEm SoKoNgAn. Macam ada orang letak pistol dekat kepala suruh aku buat ulasan mengenai benda alah ni. Malangnya tidak. Cuma ada beberapa faktor yang trigger.
Ya. Aku guna perkataan trigger. So? Ada yang sentap nak marah?
Ha ha. Aku tak kisah.
Bermula dari aku tutup pintu rumah hendak bertolak pergi kerja, hari aku sudah hancur bab support system. To be honest, me and my wife got into a fight. Not a fight, really, its more to cold war. Not talking to each other and shit for small matter. Benda yang tak patut nak jadi isu. Biasalah suami isteri hal remeh temeh pun tak boleh bawak berbincang. Itu lah marriage kalau kau nak tahu.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Ye dok?
Yep, aku keluar rumah dengan hati yang tak berapa nak ceria. Setibanya di tempat kerja, aku perhatikan nama nama staf dan colleague yang akan berpulas (baca: bekerja) dengan aku mula jam 3 petang sehingga 10 malam. Dia ni, dia ni.. dia ni... orait. Sepatutnya best lah kerja. Alhamdulillah.
Setelah sekian lama aku perhatikan, suasana yang aku cuba wujudkan dalam benak kepala aku ni mula menghilang. Semakin pudar. Dan semenjak itu keletihan mula terasa.
Apa yang aku perasan, kerja aku ini melibatkan beberapa profesion yang lain, dan semakin ditelan masa aku rasa jurang antara pekerjaan ini semakin dalam dan jauh sekali. Tiada lagi rasa tanggungjawab dan rasa nak sama sama bekerja, nak sempurnakan masalah yang ada.
Contohnya apabila satu pesakit datang ke zon kuning, aku perhatikan sudah tiada paramedik yang bergegas menerpa kearah kes (melainkan PPP yang mengiringi pesakit masuk ke dalam). Biasanya akan ada misi yang bergegas, sambung BP cuff ambil bacaan saturation. Mutakhir ini aku perhatikan, sangat sedikit tindakan daripada mereka. Ada yang berbual dulu, ada yang habiskan hilai tawa dahulu baru bergerak ke arah pesakit. Hanya aku berada disitu, pasang serba serbi, nak ambil history pesakit lagi, nak fikir management lagi.
"Maaf lah ye doktor. Kami misi tua. Hehe"
Ye. Ayat klise hambar itu lah yang selalu digunakan. Apa yang aku buat? Aku hanya mampu tersenyum, sabar dari meluah apa yang dirasa. Rasa meluat, menyampah, semua ada, tapi aku sembunyikan. Sebab aku malas nak gaduh. Buat hal dengan paramedik adalah benda terakhir yang aku nak buat.
"Takpelah kak. Biar saya sahaja yang buat semua ni"
Keluhan kawan aku disambut dengan ketawa sinis, dengan pujian "doktor bagus, doktor ni bagus"
Kakak ku sekalian, kami tidak memerlukan pujian itu. Kami hanya mahukan kerjasama akak. Itu sahaja.
Belum masuk bab staff sokongan yang lain. Belum masuk bab susahnya nak cari staff yang boleh monitor dan teman patient di zon resusitasi. Pesakit masih belum stabil sepenuhnya, BP turun naik, oksigen sekejap pick up, sekejap desaturated. Mereka boleh pulak tinggalkan aku dengan satu mesin pemerhati yang rosak, berseorangan di zon resus, masuk ke pantri untuk makan.
"Kami makan dahulu ya"
Ya. Aku faham. Kau lapar. Aku pun lapar. Tapi alangkah bagus kalau kita stabilised patient dahulu baru lah kita pergi ke kita punya personal interest. Apabila dalam situasi tersebut ada yang responsif, dan bergerak bersama aku. Ada yang redha. Ada yang mulut terkumat kamit.
"Kau datang kerja nak buat apa, sial?", getus dalam hati. Geram.
Belum masuk bab pulau - memulau. Kalau ada yang tidak digemari mereka, some of these people akan biarkan sorang tu je buat kerja. Yang lain hanya berpeluk tubuh dan memberatkan punggung. Jadi dalam hal begini siapa yang paling teraniaya?
Aku.
Ditakdirkan oleh Tuhan yang Maha Penyayang, di tempat aku ada seorang senior, (baca: supersenior) yang bekerja di unit kami. Dia ni kalau dia berada dalam shift tersebut semua paramedik macam lembu dicucuk hidung. Akan ikut kemana sahaja dia pergi, ke green zone? Ke zone kuning? Tiada lagi kumpulan kumpulan kecil yang akhirnya menjadi kelab bual di belakang tempat kami buat kerja. Semua macam lipas kudung, bergerak tanpa disuruh. Keluarkan ilmu masing masing, buat buat sibuk. Kes sampai ke zon kuning, mereka itu lah yang akan first sentuh pesakit.
Semua ini berlaku hanya jika supersenior tu bekerja dalam shift itu.
Jika tidak ada, azab lah kau bekerja.
Jadi apa yang kami rasa? Tidak dihormati.
Ya. Betul. Itu yang kami rasa.
Mereka hanya boleh berfungsi secara optimum ketika senior itu ada.
Tidak, tidak lah aku nak kami dihormati macam kau orang hormati dia (senior tu). Aku tidak mintak kau sembah aku, jilat kaki aku. Tidak sayang. Aku hanya nak kau bersama aku selesaikan pesakit yang ada. Kalau kau mengeluh sebab pesakit yang tenat datang, susah lah itu ini, kau bayangkanlah apa yang aku sebagai perawat ni rasa.
"Kau ingat aku nak ke, setan?" Getus lagi. Marah ni. Marah.
Kesimpulannya, kau tak boleh harapkan sangat apa yang ada disekeliling kau ni, memberi faedah atau kemudahan kepada kau untuk jalankan kerja seharian kau. Mereka boleh berpaling tadah bila bila masa diorang nak, dan kembali kepada kau bila bila masa diorang nak.
Jadi eloklah aku kemaskan diri aku, lengkapkan apa yang patut, sediakan motivasi dalam diri ni banyak banyak untuk survive apa yang akan datang nanti.
Ya, ini adalah salah satu entry yang bersifat luahan dan perasaan kesal.
*kepada semua paramedik yang membantu aku, sabar dengan aku, bantu aku dalam menguruskan pesakit, terima kasih. Aku memang perlukan kalian. Aku tak larat bekerja sendiri.
Terima kasih.
Oh ya. Kawan aku yang dipuji "doktor bagus" tadi tu, dia juga pernah dipanggil "doktor bodoh" oleh staff yang sama. Tapi kali ni cakap belakang la.
Yang kesal,
Mofar Rahman