Sunday, July 15, 2018

Barang baru

assalamualaikum


alhamdulillah dengan izinnya aku berjaya juga memiliki salah satu lensa yang baru untuk kamnera aku ni. lensa ini aku tak penah fikir pun aku akan milikinya. ya lah. dengan harganya yang sangat mahal ya robbi, lepas tu dengan aku yang sudah ada kerja ni, tak ada masa lagi untuk mengembangkan hobi aku yang ciput ni. hmm.

beberapa minggu juga lah aku survey tentang lens ni.

dan pada suatu hari, wife aku pergi push aku untuk beli lens ni. entah dari mana idea ni untuk induce aku, racun aku supaya terjebak, habiskan duit aku untuk invest dalam lens ini. mungkin dia serabut tengok aku tonton review pasal lens ni hari hari. naik muak agaknya.

bagai orang mengantuk disorongkan bantal, lalu aku rebahkan segala naluri dan perasaan kedalam kehendak yang bergelora.

tadaaa!

sigma 24-70mm f 2.8 pun selamat tiba di pangkuan aku.

nah, sedikit preview gambarnyahhh.









lens ni dia cover banyak focal length, iaitu dari 24mm - 70mm. boleh dikatakan zoom lens yang juga boleh dijadikan wide lens. ia juga sangat versatile jika dibawa dan digunakan untuk snap gambar dekat event. ya lah. nanti korang semua tahu kan, ada sesetengah gambar tu nak dekat, dan ada tu nak jauh. dengan lens ni kau tak perlu nak terhegeh hegeh untuk tukar lens yang mana boleh sebabkan kau hilang subjek, hilang moment. last sekali dengan kau sekali hilang mood.

yang aku tak suka tentang lens ni, ada dua. nombor 1, ya Allah. benda alah ni berat gila. lenguh tangan aku. mungkin boleh ditackle guna strap yang baru (duit lagi adoii).

no2 adalah, ring untuk zooming ada di belakang instead of kebanyakan lens, zooming ring ada di depan, dan focus ring dibelakang. kekok sikit aku rasa. tapi takpa. nanti akan biasalah tu.

alhamdulillah untuk hari ni. moga aku lebih tsabat dalam dunia ni untuk tangkap semua memori, moments, senyuman dan segala jenis perasaan dengan hobi aku yang dah berkurun ni.


wassalam.

Mofar Rahman