Wednesday, July 18, 2018

Abah

Assalamualaikum

Biodata
nama abah aku adalah Abd Rahman bin Mat Ail. dia dilahirkan pada 15/6/54. saat aku tulis ni aku terus terang cakap, aku tak tahu umur dia berapa. aku taknak kira. aku refuse untuk kira umur dia. sebab aku takut. sebab semakin hari semakin bertambah umur dia. aku jadi gerun tengok jumlah umur dia semakin banyak. aku sedih.

abah dilahirkan di kota bharu, spesifiknya adalah di cherang, atau bagi yang lebih familiar, dekat dengan junction wau bulan pas dekat kota bharu. haaa situ lah. adik beradiknya ada 11 orang. abah anak kedua.

abah bersekolah di sekolah rambutan rendang (kini dikenali sebagai sekolah kebangsaan chempaka). abah selalu cerita masa kecik dia kena bangun pukul 5 pagi untuk selesaikan tugasan tolong orang sembelih lembu. usai siap kerja tu baru boleh dia ke sekolah. kawasan rumah nenek aku masa tu baruh (bendang sawah padi) jadi abah kena buka kasut redah segala air tu baru boleh pakai balik kasut kalau tak nanti nak pakai kasut basah ke kat sekolah? hehe.

hujung minggu abah akan berjalan berbatu batu untuk tengok siaran yang dilayarkan di kaca tv. pada zaman dia orang rare je yang ada tv. abah pegi bejalan dengan kawan kawan dia. balik pun lewat petang.

pada usia remajanya, abah masuk ke Maktab Sultan Ismail, telipot kota bharu. masa tu ada konflik tukar silibus pelajaran dan sistem bahasa rasanya kalau tak silap aku. abah ada cerita tapi aku tak berapa faham. alhamdulillah dengan susah payahnya abah dapat juga sambung pelajaran ke USM Pulau Pinang. tapi kalau tak silap masa tu dah kawen dengan ummi. dah ada anak tiga rasanya. tak pasti pula universiti apa dia masuk sebelum kerja. hmm.

abah kahwin dengan ummi pada tahun 1980, dan dikurniakan abang sulung aku setahun kemudiannya. berpindah pula ke Gua Musang pada tahun 1985. masa tu KESEDAR mula membuka sayap di Kelantan Selatan. abah menjadi orang yang awal tinggal di Gua Musang. macam perintis juga lah.

Hubungan dengan Ayah.

aku tak kenal sangat dengan atuk aku. seingat aku, aku hanya kenal atuk aku masa hari kematian dia pada usia aku 5 tahun. itu sahaja yang aku boleh imbas. rupa, suara, percakapan, perangai aku tak boleh ingat langsung. mungkin dia ada bermain dengan aku ketika kecik, tapi serius aku tak ingat.

abah jarang bercerita pasal Atuk. mungkin pada masa tu kaum ayah sibuk mencari rezeki, membanting tulang mengerah perih untuk sara anak anak yang ramai itu.

ada satu kali aku ikut abah kemas sisi rumah kami. tepi rumah kami ada kolam ikan kaloi. ketika aku tengah ralit memberi  ikan makan, tiba tiba abah bersuara.

"arwah cik (atok aku) cakap ikan kaloi suka makan bunga nasi kerabu"

"betul ke bah"

"yep."

dan aku petik dalam 5 kuntum dan beri ikan kaloi makan. ternyata ikan itu menyambar rakus bunga bunga itu, dalam sekelip mata sahaja 5 kuntum bunga biru hilang ditenggelam air.

aku lihat abah, dia merenung kedalam kolam, memerhatikan ikan makan. mata tuanya letih, mungkin ada sisa semalam yang masih tidak kering.

abah tersenyum sendiri, dan meneruskan kerjanya.

aku rasa, abah rindu pada ayahnya.

Hubungan dengan Ibu

sejak nenek aku terlantar sakit dua tahun lalu, abah mula mainkan peranannya. dia buat jadual untuk melawat nenek setiap hari di rumahnya di seberang jalan sana. bukan berkira ke apa cuma nak kasi jaga emak sama rata.

abah cakap dia akan cover setiap weekdays, dan adik beradiknya yang bekerja yang lain akan ambil alih ketika hujung minggu.

setiap hari pukul sebelas pagi abah akan berhenti dari membuat apa sahaja aktiviti paginya, naik ke rumah, mandi dan bersiap ke rumah nenek.

di rumah nenek, abah akan spend masa at least 3 jam untuk bersama nenek aku. nenek aku masa tu dah terbaring, nak bangun pun susah. perlukan bantuan. jadi abah akan setelkan semua tu.

bangunkan dia, mandikan dia. urut belakang dia. suapkan nenek makan. tapi most of the time abah akan bercakap dengan nenek. bercakap apa apa sahaja untuk tidak kasi nenek keseorangan.

nenek aku seorang yang garang dan cepat marah. ummi pernah cerita nenek pernah menampar abah satu kali sebab masa nenek bercerita abah macam payah nak dengar. abah okay with it. dia tahu bagaimana ibunya.

aku pernah follow abah beberapa kali bila aku off dari kerja. abah begitu persistent. kasih sayang anak kepada ibunya sungguh jelas. di rumah kami abah adalah ketua keluarga yang garang, tegas, jarang bergurau. tapi di rumah nenek abah berubah menjadi anak lelaki yang patuh setiap arahan ibunya.

pertengahan tahun 2016, nenek aku meninggalkan kami setelah bertahun lama menahan sakit dalam tubuh.

pada hari pemergian bondanya, abah tak menangis sangat. dia hanya perhatikan adik beradiknya yang lain. dia sibukkan diri dengan urusan pengebumian. pada waktu tengah malam nak dekat pukul 1130 malam aku lihat abah berdiri seorang di perkarangan rumah nenek.

aku mendekati abah, dan memeluk beliau.

"abah, maafkan ikh sebab tak jadi cucu yang baik untuk nenek. ikh tak melawat nenek sangat. banyak mengelat setiap kali abah ajak"

abah hanya diam. seketika dia berkata,

"tak apalah pasal nenek tu. cuma sekarang abah nak, anak anak abah solat lima waktu di masjid. itu sahaja"

"pasal nenek, abah puas hati jaga nenek. abah ada pada hari dia perlukan anak dia. abah tak terasa hati sebab tak sempat jaga nenek. bagi abah, abah sudah lakukan yang terbaik, terbaik yang abah boleh berikan kepada nenek"

aku sambung nangis. Allahu... abah aku memang kuat.

Pemergian arwah abang sulung aku pada 26 Disember 2016 memang memberi kesan kepada abah aku. baginya abang sulung aku itulah kawannya, tempat dia bercerita, tempat dia berbincang dan mengeluarkan pandangan. abang sulung aku. anak pertama dia. insan pertama yang dia curahkan kasih sayang yang manakan sama dengan anak yang lain.

abah hadapi dengan tabah.

aku lihat abah ketika mandikan jenazah abang. mata tuanya sugul. penuh derita yang tidak ditunjuk. tangan tuanya yang berurat melewati susuk tubuh anak kesayangannya itu dengan laluan air di bawah tapak tangannya.

aku tak boleh lupa pada saat itu. aku menangis teresak esak. abah hanya diam. matanya merah. dia sungguh sabar. aku tahu deritanya tak terperi tapi abah hanya telan dalam dalam takdir itu. ya Allah, sungguh aku tak mampu.

dua bulan selepas pemergian abang, satu malam abah upload satu gambar keluarga dia dan umi bersama keluarga arwah abang. tidak ada sebarang ayat, atau deskripsi ringkas.

aku tahu, abah rindukan anak kesayangannya itu.

lately abah tidak berapa sihat. masalah kencing sakitnya menjadi jadi. aku tak tahu apa lagi yang boleh dibuat. sudah dibawa ke hospital berkali kali, ambil ubat itu ini. antibiotik sudah berapa banyak. keputusan ujian kencing masih sama. temujanji bersama pakar urology pun lambat lagi. kesiannya abah.

sekarang pakar jantungnya pula asyik suruh dia buat pembedahan (abah ada tiga saluran jantung tersumbat. doktor cadang untuk buat bypass. tapi abah taknak. sudah refuse hampir 10 tahun). kali ni doktor ugut kalau tak buat pembedahan dia taknak sain form kelulusan untuk pergi haji. semua ni membuatkan abah resah. murung.

aku pernah suarakan jika abah nak buat pembedahan itu, kami sokong. dan kami redha setiap keputusan abah. walau pahit yang amat, aku harus suarakan apa yang betul.












suatu petang 3 tahun lalu.

aku bertanya pada adik

"macam mana kalau abah ditakdirkan umur abah tidak panjang, apa yang adik rasa?"

soalan itu dibiarkan bertanda soal.

petang itu kami menangis, semahu mahunya.




Mofar Rahman.