Tuesday, September 26, 2017

Tiada ganti

Assalamualaikum.

malam ni guruh dia lain macam. dia tak kuat tapi dia selalu ada. menggerutu di awangan gelap, bunyi bunyi yang tiada henti. dia tak kuat, tapi dia selalu ada, berterusan dan panjang. ada juga rasa seram sebab dia punya gelombang boleh rasa di lantai simen. astaghfirullah.

0630H@26/11/2016

aku tiba di perkarangan hospital bersama adik dan kakak aku. kami menerpa selaju boleh ke arah lift. jam sudah masuk waktu melawat dan kami tidak mahu membazirkannya walau sedetik.

"Ward CRW"

abe terbaring di katil pertama. hanya ada dua infusion pump di tubuhnya yang mana ubat dipaksa masuk melalui IJC. midazolam dan insulin infusion.

abe sudah ditiub sejak rabu lalu dimana kondisinya yang kita anggap macam dah nak boleh balik, tapi sungguh Tuhan Maha Kaya. Dia kasi plot twist. keadaan jadi lebih teruk. Pneumonia dia menjadi lebih parah. dah beberapa antibiotik sudah di upgrade tapi kesannya tak ada. Day 3 IV Tazosin.

sudah teruk lagi apabila massive Right MCA infarction itu sudah mengalami hemorrhagic transformation. tiada lagi further plan daripada pakar neurosurgical.

Kak Lynn ada bagitau awal pagi sebelum kami datang abe ada gerak gerakkan tangan dia. dan diorang sempat main yang lawan ibu jari tu. Kak Lynn cakap abe menang main ibu jari tu. Dia cakap dia saja kasi menang sebab abe loves to win. 

adik dan kak nor senyum kelegaan. ye lah. abe macam responding. semua kelihatan ceria sedikit berbanding 3 hari lepas.

cuma aku. aku tak puas hati. aku cuba nilai balik GCS score abe. 2T. hanya 2T. kak lynn cakap abe penat sebab semalam dia tak tidur sangat. dari raut wajah kak lynn bagai diorang had the best night ever.

aku gosok dada abe, tonyoh dadanya. picit kuat kuat ibu jarinya. tiada respon. aku berdebar. tangannya masih panas. sepatut at least dia gerak, withdraw from pain ke. tapi tak. aku tak sampai hati nak bagitahu adik beradik aku.

0830H@26/11/16

adik beritahu keadaan abe dekat umi, dan umi nampak lebih tenang. sudah ada selera nampknya. keadaan di rumah abe seperti semua orang lega. anak saudara aku semua proper, in places. makan semua senang. abah umi pun sudah mula boleh senyum. adik siap bergurau. kak nor pun sama.

0945H@26/11/16

"umi. abe tenat" kak lynn dengan suara bergetar.

kami bergegas ke hospital.

1000H@26/11/16

"Umi, abe tak ada dah".

1030H@26/11/16

jenazah abe dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan. aku abah dan kak lynn join ustaz untuk mandikan abe.

ketabahan hati seorang isteri dan juga raut wajah betapa dia puas hati dapat jaga abe sejak kahwin sampai abe dimandikan kali terakhir memang jelas nampak di wajah kak lynn. dia cium abe. belai rambut abe. cium tangan abe.

abah. he cried a little. tapi siapa tahu dalam hatinya. anak sulung kesayangannya terlebih dahulu meninggalkan  dia. abah tak cakap banyak. dia pegang tangan anaknya. jirus air ke tubuhnya. dia diam.

abe dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherang. everything went well,smoothly. perjalanan jenazah dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu di bawa oleh van polis, di escort polis trafik hanya memakan masa 2jam.

Sophie,

abi nak awak tahu. awak sebenarnya ada seorang lagi uncle. atau sepupu yang much older dari awak panggil "Daddy".

bagi abi dia adalah abi punya best friend. tempat abi meluah segala isi hati abi. tahu segala cerita abi. dari abi kecik sampai besar. abi tak sempat spend masa sangat dengan dia sebab abi belajar jauh dekat russia sana.

i didnt know my brother well sampai habis belajar. abi sekolah rendah dia dekat asrama. abi masuk asrama dia stay kuala lumpur sana. abi masuk universiti, jauh lah pulak. lepas habis belajar baru dapat kenal. 4 years. and it was so damn short.

tapi dalam 4 tahun ni abi kenal dia. kenal perangai dia. suara dia. gurauan dia. yes, your Daddy sangat suka bergurau.  hampir tiap malam  yang free kami akan keluar dan akan lepak minum air. sembang sampai 2 3 pagi tentang segalanya, dan segalanya. dan abi akan always pilih dia over any of my friends. i just love to spend my time with him. dengar dia sembang, his laugh. his voice.

Daddy awak ni dia selalu pesan. Umi no 1. jangan sakitkan hati umi. sentiasa gembirakan umi. dan i loved what he did to them. Daddy ada buat loan, and dengan loan tu dia hantar Baba dan Tokmi pergi umrah dan abi rasa tu adalah happiest moment untuk both of my parents.

pemergian Daddy awak, Sophie memang abi tak tipu. hancur luluh macam abi hilang separuh nyawa. he was my everything. my love. tak ada dah teman gaduh, tak ada dah teman sembang minum air sampai larut malam. tak ada dah teman restoran hopping makan makan sampai kenyang, tak ada dah teman main counterstrike, tak ada dah teman berenang dekat kolam, tak ada dah teman make up kereta, tak ada dah orang yang betul faham abi, layan abi. layan setiap kerenah adik beradik.

he treated us equally. Chesu, Mama, Uncle wan. dia ada personal affection yang abi rasa abi tak pernah jumpa kat sesapa pun.

and it was so beautiful.

insyaAllah nanti kita akan jumpa dia kelak. amin.