Sunday, November 18, 2012

Wanita pilihan saya

Assalamualaikum.

kalau saya ditanya, bagaimanakah zaujah pilihan saya. apa ciri ciri yang saya mahu pada seorang isteri. hah! membulat lah mata saya nanti macam ni.

apa? ciri ciri wanita pilihan saya?

*cepat cepat cari pen dan kertas* ehem ehem. *mengosongkan tekok (clear throat)*

kalau saya ditanya begitu, saya akan listkan beberapa point yang saya NAK SANGAT ada pada bakal isteri saya nanti. ehekehek *gedik*

jengjengjeng!

saya naaaak:
-dia pandai masak
-dia cantik. tahu solat yang betul, tahu mengaji
-ada ciri keibuan gittew
-dia pandai buat sambal telur
-dia pandai ambil gambor a.k.a fotografer (eh?)
-dia setia
-dia jujur pada saya dan Tuhan
-dia baik kepada ibu dan bapanya
-ada potensi menjadi seorang ibu yang gemilang (motherly)
-tahan dengan perangai saya
-faham saya
-dia pandai buat kek pavlova
-dia tahu menjahit
-dia tidak boros
-dia anti pada tudung spisis hana tajima (dan sekutu tudung yang pelikpelik yang ada sekarang... bulat laah.. lilit lah. bungkus lah.. pfft)
-dia penyayang. sukakan kucing!
-"dia, insan pertama yang ku cintaaaaa, diaaaaa... ku abadikan dalam jiwaaa" (tetiba ada lagu fauziah latiff sini amende ni eieieeee  -.-")
-dia pandai melawak (anyonyo nyeee lah)
-dia tutup aurat dengan betul
-dia sempurna! dialah segala-galanya! dia.. PAAANG!! DAH!

dah. malas pulak rasanya nak temberang lebih lebih di tengah malam yang tak berapa serba nak buta ni.

amboi amboi. sedap betei menge-listkan "wanita idaman saya", "isteri pilihan saya", "zaujah yang bakal bertakhta di hati saya"

nah cermin. *bagi dekat korang*

kalau tanya semua laki laki, anda anda semua ni nak isteri yang macam mana? haaa. mesti semua jawab nak yang baik baik, yang pakai tudung, yang lawooo, yang comel comel (euwhhh). kalau kita tanya para perompak sekalian pun, berapa persen sangatlah yang mahukan isteri yang profesi nya juga adalah "perompak". majoritinya masing masing nak isteri yang, paling kurang pun, dapat mendidik anak anak mereka dengan betul.

tengok. memang fitrah manusia, sukakan sesuatu yang cantik. sesuatu yang menyejukkan mata dan hati jiwa raga bakul rotan sekalian. fitrah. sehinggakan dalam soal pemilihan teman hidup pun, kita mahukan seseorang yang baik untuk kita. kan?

Tuhan sendiri telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 26, yang mana boleh difahami secara umum "lelaki baik, untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya"

siapa ingat sirah baginda Nabi Muhammad SAW ketika usianya 25 tahun. baginda bekerja bersama seorang serikandi, yang dikenali sebagai wanita suci, Khadijah binti Khuwailid. Allah telah me'reserve' kepada nabi Muhammad, seorang wanita yang menjaga keharmonian hidup, kesucian diri dan pemikirannya. sehingga berusia 40 tahun. baginda Nabi pula berumur 25 tahun. kalau kita fikir elok elok, kan. memang sangat susah untuk menjaga kesucian diri di zaman Jahiliyyah itu yang terkenal dengan assabiyyahnya, pelacurannya, penzinaannya, dan macam macam lagi lah. tapi dua hamba Allah ini (dengan izin Allah) berjaya menempuhi dugaan tersebut, dan mereka hidup bahagia sehingga Siti Khadijah wafat pada umur 65 tahun, dan baginda Muhammad pula berumur 50 tahun.

tengok. baik sama baik. padan sama padan. unggul. Allah Maha Besar.

apa yang saya nak ceritakan disini, adalah, pemilihan pasangan hidup, ciri ciri yang kita hendakkan kepada pasangan kita itu, bermula daripada kita. *tunjuk diri sendiri*

kalau mahukan isteri yang pandai solat dan mengaji? kita yang harus pandai solat, dan mengaji.
kalau mahukan isteri yang pandai memasak? kita yang seharusnya belajor skill skill memasak yang power
kalau mahukan isteri yang sempurnakan agamanya? kita yang mesti bergerak, menyempurnakan agama pada diri kita sendiri
kalau mahukan isteri yang taat pada ibu bapa, jujur pada tuhan? kita yang seharusnya begitu terlebih dahulu.

bukan main pilih je ciri ciri tu, tahu? refleks diri. ada tak ciri ciri yang kita hendakkan kepada isteri kita nanti tu, pada kita. ada tak, ada takk?

tapi harusnya diingat, kalau berubah itu, niatnya perlu bertegas pada Allah. kalau kita berubah niatnya sebab hendakkan seorang isteri yang baik, boleh. cumanya, sia sia sahajalah apa yang kita usahakan itu. kalau niat itu berpaksikan pada Tuhan, agama dapat, ketenangan dapat, pahala dapat, isteri yang qurratan a'yun pun dapat. hiks.

jadi bagaimananya mahu berubah tapi tak mahu berniatkan untuk mendapat isteri yang solehah?
fokusnya sekarang, semua pada kita. usahakan. perbaikkan. tingkatkan. segala amal makruf, sifat mahmudah, pemikiran positif. semua. semua! usaha. berlari kepada Allah. dekatkan pada Allah dahulu tanpa sebarang niat niat lain yang bisa menggoblokkan anda. jodoh anda? pasangan anda? Allah sudah simpan untuk anda. alah, dia pun berusaha juga. sama macam anda. jadi, jangan risau lah dude dude sekalian. hekhek.

jadi, apa tunggu lagi? jom perbaikkan diri. kuatkan amal positif yang memang sudah ada pada anda sekarang. dan cuba wujudkan lagi, belajar lagi amal positif yang baru supaya kita menjadi manusia yang lebih baik daripada kita yang semalam.

wassalam.



notanota: ciri ciri diatas tiada kaitan pun dengan saya. eh. adalah. sikit. tak semua. kbai!