Tuesday, October 23, 2012

Pekerjaan mulia

Assalamualaikum

saya tak tahu nak mulakan dengan kata kata yang bagaimana. oke. saya pilih satu perkataan.

pekerjaan.

baru beberapa hari lepas saya berbincang(lah sangat) dengan best mate saya, si apam itu. dia ada bercerita kepada saya. ada seorang kawannya menginbox pesbuk kepada dia. "untunglah kawen dengan dokter. aku pun nak kawen dengan dokter juga". kami berdua macam terkedu. hoh.

bagi si apam, dia tidak melihat doktor itu sebagai satu profession yang hebat. bukanlah maksudnya itu seperti dia tidak memandang doktor itu sebagai satu pekerjaan yang mulia. seperti masyarakat kita pada hari ini, kan. siapa kahwin dengan doktor, dia seakan 90% sudah pasti sudah mengecap bahagia. kenapa? bagi si apam, bukan profession pekerjaan itu menandakan atau menjamin kebahagiaan seseorang. baginya, asalkan kerjanya itu mulia, memberi manfaat kepada orang ramai, orang kampung setempat, ataupun paling tidak memberi kebaikan kepada diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain. kalau nelayan sekalipun, kalau kerjanya itu menangkap ikan, dan menjualnya dengan perniagaan yang halalan thoyyiban, alhamdulillah, cantik. guru, lagi lah. membakar unggun api kepada asas pengetahuan dunia. membaca, menulis, mengira. lagilah bermakna, bukan?

jadi, mengapa doktor boleh dikatakan professi pertaruhan yang menjadi isu "kalau kahwin dengan doktor, bahagialah"? mungkin sebab kalau doktor, sumber ekonomi boleh dikatakan 'kukuh'. kalau sebab duit boleh menjamin kebahagiaan, saya rasa tidak. tidak semestinya kahwin dengan doktor itu hidupnya mudah. banyak lagi aspek kebahagiaan rumah tangga perlu diteliti. akhlaknya? agamanya? keluarganya? kemahirannya membahagikan masa antara kerja dan keluarga. ada juga doktor yang gagal memandu rumah tangga akibat kegagalan mengurus masa untuk keluarga, ditambah pula dengan si isteri yang kurang sistem memahami keadaan suami di dalam mindanya. lagilah.

bagi saya, keberkatan dan ketenangan yang dianugerahkan oleh Allah kepada sang suami itu yang penting, yang menjadi tunjang asas kebahagiaan baitul muslim masing masing. si suami itu, tidak kiralah apa sahaja pekerjaannya, doktor, nelayan, kerani, polis, tentera, penjual sayur, penyembelih ayam hatta pelukis jalanan sekalipun, sekali dia diberikan rahmat dan berkat oleh Allah, keluarganya bahagia, tersenyum sampai ke mati. terlalu banyak kebaikan yang diperoleh melalui berkat Allah. dengan berkat, dia memperoleh hati yang tenang untuk bekerja, dengan berkat dia diberikan seorang isteri yang memahami dan mencukupi keperluan dan kehendak seorang suami untuk menampung keluarga. dengan berkat dan rahmat Allah, mereka diberikan cahaya mata yang soleh dan solehah yang akhirnya menghijrahkan keadaan keluarga ke satu tahap yang lebih baik. dengan berkat dan rahmat Allah juga mereka sekeluarga diberi kesihatan, kesempurnaan, dan sebagainya. dengan rahmat dan berkat Allah mereka juga.... ah. banyak lagi lah.

jadi, bukan wang, bukan professi yang menjadi jaminan kepada kebahagiaan di dalam keluarga kelak. betul, tidak salah juga andai anda semua bersepakat bahawa kahwin dengan suami yang berekonomi mantap dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga. tetapi ia tidaklah mengambil peratusan yang besar. suami yang taat pada perintah tuhan, patuh pada ajaran Islam, yang menjanjikan kebahagian itu lebih cantik peratusannya. jangan lah risau pada status ekonomi pasangan anda. bukankah Allah telah berjanji, kalau kita menolong agamaNya, Dia akan menolong kita. kita menegakkan syiar IslamNya, Allah mudahkan hidup kita. berusaha dulu mengikut garis panduan iman dan Islam, serahkan padaNya di kemudiannya. rezeki akan menyusul, insyaAllah. kalau tidak melalui duit, mungkin melalui kesihatan keluarga, kesolehan anak anak, dan lain lain lagi.

semoga saya menjadi seorang yang soleh, dan doktor yang baik juga imam yang terbaik untuk zaujah saya dan anak anak. diberi kesolehan hati, dan rezeki, rahmat, dan berkat olehNya kelak.

Allah, Engkau Maha memberi rahmat.

wassalam.