Assalamualaikum.
hati manusia, ia sering berbolak balik. hati itu sering berubah rubah. seperti dalam kitab muntalaq, hati itu ibarat air yang sedang menggelegak. faham tak? apa? hati itu menggelegak sebab panas? sebab darah muda? haa. itu pun betul juga. tapi bukan itu yang saya nak maksudkan di sini. hati ibarat air yang menggelegak. kalau kamu semua rajin, kan, pergi dapur sana, cuba masak air di dalam periuk dan letakkan di atas dapur, dan biarkan ia menggelegak. cuba perhatikan struktur air. hancur. menggelegak di sana sini. sekejap dekat dengan kita, sekejap berbuih di hujung sana. sekarang cuba letakkan pula sebiji polisterin kecil, atau bola ping pong, atau apaapa sahaja yang ringan. perhatikan objek tadi. adakah ia tetap?
apa yang saya ingin cuba buat antum gambarkan adalah, HATI ITU MAHA TIDAK TETAP DAN BOLEH BERUBAH-RUBAH DALAM SEKELIP MATA SAHAJA. (ops. tercaps lock pulek). itu lah sifatnya hati. sebab itu iman ada turun naiknya, sebab itu ada yang "eh, aku rasa aku baik lah hari ni, alhamdulillah!" dan juga "astaghfirullah banyaknya dosa aku ya Robbi!".
hati itu, kalau kita cuba zahirkan, ia seakan-akan satu balang berbentuk bulat. ia tidak berbentuk kon, atau segi empat. sebab apabila kita cuba teguhkan ia di permukaan yang landai, ia akan bergolek. tidak seperti piramid, kiub. seperti saya katakan tadi, IA TIDAK TETAP.
mengapa balang? kenapa tidak saya gambarkan ia sebagai satu pepejal yang legap? sebab hati itu perlu diisi.
"betulkah hati itu perlu diisi? dengan apa?"
ya. ia perlu diisi.
dengan apa? jom kita baca lagi.
pengisian hati, boleh dilakukan dengan apa jua sekalipun. ada yang cuba mengisi dengan air, ada yang cuba mengisi dengan batu batan. ada yang cuba mengisinya dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. (ops itu sudah zalim pada hati, bukan?)
balang itu sangat cantik, jikalau diisi dengan sesuatu yang jernih, putih, dan ditembusi cahaya. berbanding dengan sesuatu yang kasar, air yang keruh, paku berkarat, darah dendam (?) dan apa sahajalah yang tidak kacak. tidak hensem langsung, kan?
sebab hati itu, seharusnya lah cerah dan bersedia, barulah cahaya hidayah Allah itu senang memanah menembusi hati.
"isi lah hatimu dengan ayat ayat Allah"
jelas maksud ayat nya itu. isi hati dengan kata kata Allah. maknanya, kita hendaklah sentiasa membaca al quran, mengahafalnya, dan mentadabbur setiap bait bait huruf jawi, merasa mushaf al quran dengan jari. jadi apa yang kita boleh dapat jika hati diisi dengan al quran?
cintakan al qur- NANTI!
tidak lengkap lagi caranya untuk melafazkannya. apabila sudah masuk alquran dalam hati, marilah kita berfikir pula setiap perkatan Allah yang tidak pernah tiada sebabnya biarpun ia hanya tiga huruf Alif. Lam. Mim. tiga huruf tanda kearifan Tuhan.
saya ambil satu ayat untuk antum semua fikirkan.
"Allah tidak akan menguji manusia kalau manusia itu tidak mampu" (familiar bukan?)
mari saya ambil satu isu hangat daripada kalangan remaja anak muda seperti saya. tentang hati. tentang cinta.
jadi.
salahkah jatuh cinta?
"salah! berdosa! tak boleh! boleh.. tapi.."
saya rasa, tidak salah untuk terjatuh hati dekat seseorang. Allah yang mendatangkan perasaan hati itu kepada kamu, dan apabila kamu menjalani sunnatullah itu, kamu berdosa. ah tidak. Allah tidak se zalim itu. Allah tahu apa yang Dia lakukan kepada hambaNya. Allah tidak menguji seseorang itu kalau seseorang itu tidak mampu. jadi perasaan cinta (ujian) yang datang itu juga, daripada Allah, dan tidak salah untuk terjatuh hati. melayan hati yang terjatuh itu yang tidak kacak.
tidak semestinya ujian itu sesuatu yang membuatkan kita masam berkerut muka, menangis tidak tentu hala. hadir cinta juga ujian. dan setiap apa yang berlaku ada rohmat di sebaliknya. bagi mereka yang berfikir.
tadaaaa!
banyak ayat Allah yang boleh diaplikasi dalam hidup kita. itu baru satu ayat. ada 6665 lagi ayat yang tertinggal. tadabburlah satu satu ayatnya. rasai kekuasaan Allah sejak kalimah bismillahirrahmaanirrahim lagi.
penuhkan hati kamu dengan itu. kamu akan merasa betapa Allah menyayangi mu.
"aku cinta al-Quran"
itu satu cara. banyak lagi cara yang lain.
saya ini, bukanlah pakar hati. tetapi kalau ingin menyentuh soalnya hati dan berkongsi, saya rasa tidak salah. antum semua pun begitu. marilah kita sama sama bantu antara satu sama lain. bantu orang ramai, masuk syurga ramai ramai!
isilah hati dengan seseuatu yang sesuai mungkin. sesuatu yang apabila kamu memerhati diri kamu sendiri dari jauh, kamu bangga dengan dirimu. dengan hatimu.
"wahai Tuhan yang membolak balikkan hati kami, tetapkan lah kami di dalam ketaatan mu!"
wallahualam. ilmu Dia jauh lebih kaya.
wassalam.