Saban hari, saya berpikir. mengapa saya disini, dan menulis blog ini. saya ni, macam seorang yang sangat lonely kah? sampai semua harus diluah disini. ha ha ha. saya tak tahu apakah respon anda. dan saya tak berapa kisah sebenarnya. lagipun apa yang saya tulis, semuanya terpulang pada anda untuk membacanya atau tidak. tiada apa pun disini. hanya cerita saya. dan saya.
jadi, berbalik kepada permulaan post ini. mengapa saya disini?
pagi tadi, ketika menaiki bas untuk pulang kerumah, bas ibarat sardin. main rugby sekejap di dalam sana. tapi saya tidak mengeluh banyak. siapa saya untuk mengeluh, kan? Allah mahukan saya disitu, maka disitu lah saya.
saya memandang ke luar tingkap, dan memerhati kereta yang bergerak bersebelahan dengan bas yang saya naiki. bas saya agak laju. saya rasakan kereta disebelah ini mahu berlumba dengan saya. cermin kereta itu cerah, tidak di tint pun. saya boleh nampak pemandunya. dia adalah seorang laki laki. hampir botak kepalanya. wajahnya serius.
tiba di perhentian lampu isyarat kami sama sama berhenti. tatkala lampu hijau menyala, kereta lelaki tadi menyusur laju, hilang didalam arus kesesakan. tinggallah bas saya, dan saya, bersama orang orang di dalam bas yang kian mampat, dan mampat. keadaan dalam bas? ramai orang tua. ramai sangat. semuanya besar besar, gemuk gemuk, dan pendek pendek. itu bagi nenek nenek lah. bagi pak cik pak cik pulak, semuanya besar besar, dan tinggi. dekat russia ni, semua perempuan cantik di kala muda, berubah menjadi pendek, gemuk dan bongkok ketika sudah berusia. sudah hilang kualiti hidup kah? atau kecantikan sudah tertinggal di era 40-an? saya tidak tahu. dan saya tidak kisah.
mengapa saya menulis blog dengan menggunakan nama pena baru saya, iaitu awan putih. saya ini, seorang yang suka berfikir tentang apa yang ada di sekeliling saya. saya adalah seorang yang sangat suka berkongsi, banyak idea, dan suka bercakap. saya juga seorang yang suka memerhati, dan suka meluahkan pandangan. saya seorang yang banyak suara.
jadi? mengapa saya masih perlukan blog, kan? suarakan sahajalah!
sebab. emm. anda mahu tahu? kita ke perenggan seterusnya.
sebab. saya tiada orang yang mahu mendengar saya, dan memberi respon terhadap apa yang saya ingin berkongsi. saya ada ramai kawan. dan dalam seramai ramai itu, susah sungguh untuk mencari seorang yang saya boleh bercakap, ajak. duduk bersama saya, meminum air dan sebagainya. untuk bercakap sahaja, mendengar cerita saya, mengangguk angguk, sambil membuat muka dungu tu, adalah dua tiga orang yang sudi menadah muka dan telinga.
jauh di dalam sana, saya rasa menyampah dan hanya membuang masa dan air liur saya sahaja. masing masing tidak berminat. suka buat kerja sendiri. melayan arus akademik yang mencabar minda, melayan youtube di laptop masing masing. tidakkah itu bosan? saya bukan ingin ajak berperang diluar sana, atau meminta tolong berikan barang. saya hanya ingin mengajak berfikir. menanam sesuatu di dalam otak kamu kamu. dan memberi muka dungu bukan jawapan yang saya mahukan. saya lebih rela. diam.
oleh itu.
saya perlukan nama awan putih ini, untuk menjadi seorang anonymous (tanpa nama), untuk berkongsi buah fikiran dengan saya sendiri. saya menulis, saya membacanya kembali, dan saya bersetuju dengan buah fikiran saya. macam orang gila pun ada. sesungguhnya, saya tersenyum lebar ketika menulis ayat ini. ketika saya menzahirkan apa yang saya rasa kedalam bentuk tulisan ini, saya tak sangka saya segila ini. kahkahkah.
setiap orang perlu ada teman bercakap, bukan? untuk meluah, untuk bercerita. untuk berkongsi cerita cerita sesampah "weh. aku sedih lah hari ini". dan saya tiada orang yang saya boleh ceritakan itu. tetapi saya ada blog ini, dan diri saya sendiri. tak lupa juga kepada si Dia.
saya kesunyian? saya paranoid? saya pendiam? saya gila? suka hati anda anda semua untuk melabel ape kepada saya yang bernama awan putih ini. kalau di dunia sebenar, anda mungkin akan terkejut dengan personaliti saya, sehingga anda tidak menyangka, sesuatu bernama awan putih berada jauh di dalam saya.
saya. tidaklah seperti yang orang lain nampak. saya adalah saya.
wassalam.