Wednesday, November 23, 2011

Perihal Sabar...dan Ikhlas


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
(2:214)




Fahri dilempar kedalam penjara.


melihat sahaja pintu besi penjara dihempas ke muka. diiringi kata-kata warden arab yang perlahan-lahan menjauhi sel penjaranya. melihat kesal tubuhnya. marah dengan sekeliling. benci kepada diri sendiri!


tray makanan yang disorongkan memanaskan hatinya. siapakah dia untuk dilayan sebegitu? diambilnya tray makanan. dihempasnya ke lantai. marah. marah pada siapa pun tak tahu.


Gelak seorang banduan gila kedengaran di hujung penjara. gelak yang membakar jiwa Fahri yang kehampaan.


"Tembok itu terlalu tebal untuk kamu robohkan," kata seorang banduan gila, yang kemudiannya mengilai tawa menggema seluruh isi penjara.


dia bangun, menuju Fahri yang sedang tersadai di dinding penjara, dengan kain buruknya itu tergantung dilehernya.

"terima saja. kita disini semua sama"
"Tidak!" bangkang Fahri yang kemarahan. tangannya memegang kemas jeriji penjara.
"Aku tidak sama! Aku disini difitnah! Aku tidak salah! Aku disini kerana perempuan yang aku bela kehormatannya! Aku enggak seperti kamu!" bentak Fahri. 


"Diluar pintu penjara semua adalah sama. Tuhan tidak ada untuk orang-orang yang taat sahaja".


Banduan gila terus ketawa. dan membiarkan Fahri kebingungan melayan nasib sendiri.


Hari esoknya, selepas perbicaraan, Fahri masih gagal membela diri. Takdir Allah sangat berat untuknya telan bulat-bulat. tidak berapa luas hatinya menadah jutaan tohmahan manusia durja menabur fitnah. dirinya cuba bersolat.  tapi langsung sahaja terbatal. matanya masih lapar untuk menangis.


"Hahaha" ketawa sinis banduan tadi.
cubaan untuk solatnya masih gagal. "astaghfirullahalazim". terdengar esakan suara seorang lelaki disebalik wajah yang ditutup dengan dua tapak tangan.


"haha. Anak Al-Azhar kok, tidak tahu apa itu erti solat. hahaha. jangan-jangan kau solat cuma kau ada masalah" teka lelaki usia 30 an itu.


Fahri terdiam.


Hari-hari seterusnya berlalu. Fahri masih termenung dipenjara. makan tidak, minum pun tidak. akhirnya lesu sendiri bersandar di tembok dinding penjara yang separaa gelap itu. tiba-tiba pintu penjara diketuk.


"Indonesia!" sepucuk surat dilayangkan ke hadapannya. Fahri cepat-cepat membuka surat tersebut.


Surat pemberitahuan, dengan ini kami ingin memberitahukan bahawa Fahri bin Abdullah DIKELUARKAN dari Universitas Al-Azhar.


Fahri bernafas kencang. suratnya dilemparkan ke lantai. matanya kembali berair. direbahkan badannya, seakan manusia tiada harapan lagi untuk hidup di dunia. Banduan gila mendekatinya dan membaca surat tersebut dengan nada sinis.


"Dikeluarkan dari Al-Azhar. HAHAHA"
"Itu bukan kiamat Fahri"


Dia bangun dan memegang Fahri. cuba untuk menarik Fahri daripada lantai.
"ea bangun. Bangun Fahri! Baguuun!" dia menarik baju Fahri lalu didorong Fahri sehingga ke dinding.
"Allah sedang berbicara dengan mu, Fahri. Allah sedang mengingatmu untuk tidak sombong!" jerit pikiran waras seorang gila.


Fahri melepaskan diri. 
"Apa salah saya pada Allah??!"








"istighfar Indonesia! Istighfar!" jerit banduan dari jauh. dia mendekati Fahri lalu ditarik bajunya.
"ingat siapa dirimuu! Apa yang telah kamu lakukan selama ini? ha? Tidakkah engkau sombong Fahri? Engkau rasa engkau yang paling benaar? kau merasakan paling suci? Bahkan dihadapan isterimu sendiri!"


Fahri menjauhinya. seolah kata-kata banduan itu memakan jiwanya.


"kau...ingat. kisah Yusuf 'Alaihissalam dan Zulaikha. Zulaikha telah menuduh Yusuf memperkosanya, padahal dia sendiri yang tidak taaahan dengan ketampanan Yusuf"


"Fitnah! itu semua fitnah Fahri! Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara."
"Apakah Yusuf memberontak? Tidak Fahri. Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya"
"kamu tahu apa yang dikatakan Yusuf?"






"KAU MAHU TAHU APA YANG DIKATAKAN YUSUF???!"
"Kata Yusuf, "Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bermakna bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih penjara, lagi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!"
"Allah sedang berbicara kepadamu tentang sabar...dan ikhlas"
"SABAR... IKHLAS.. itulah Islam"






*diam*






SABAR
kata-kata Dr Asri Zainal Abidin,"semua orang boleh bersabar. tetapi berapa ramai yang boleh bersyukur". Benar. semua orang boleh bersabar. kita hilang duit, kita boleh bersabar. kita dapat markah rendah dalam peperiksaan? kita boleh bersabar. kita geram sebab bas lewat datang untuk mengambil kita untuk ke kelas atau ke tempat kerja? kita boleh bersabar.


semua orang boleh menahan.


tetapi, mampu kah kita senyum ditengah kelaparan dan bersyukur atas apa yang Dia hendakkan berlaku keatas kita. boleh kah kita duduk, redha dan bersyukur dengan apa keputusan rendah yang di dalam kelas, biarpun malam tu kita bertungkus lumus bagai nak rak? bolehkah kita tenang dan bersyukur menunggu bas di dalam kelewatan masa di tengah hari yang panas terik memanah di kepala instead of mengutuk menjampi serapah pemandu bas tu?


tanya lah diri sendiri.




IKHLAS
Allah azza wajalla adalah satu zat yang sangat arif, bijak dan hakim terhadap hamba-hamba ciptaanNya. Dia tahu yang ujian yang Dia berikan kepada setiap hambaNya itu agak berat, tetapi masih boleh dipikul. Dia tidak kejam untuk membiarkan hambaNya itu jatuh dihempap ujian yang membeban itu.


Dia hanya nak kita ikhlas, bersyukur dan yang penting, kembali padaNya.


Apabila hati ikhlas menerima ujian, semua dianggap jernih. semua menjadi cantik. semuanya diserahkan bulat-bulat kepadaNya. Sebab Dia tahu dimana kemampuan kita, dan Dia sangat sayang kepada hambaNya. Semua perkara menjadi cantik apabila semuanya berbalik kepada Allah.


ingat satu perkara.


Kalau Allah lah yang memberikan kamu semua dugaan dalam hidup kamu, kesusahan hari hari kamu, pergolakan dalam jiwa kamu, kalau Allah lah yang menggusar hati kamu, merasakan hidup ini tiada bermakna lagi, percayalah. Dia akan membantu kamu melaluinya. tiada siapa lagi yang mampu membantu kamu selain diri kamu sendiri dan Dia, sebab Dia adalah Tuhan kamu, Dia tahu siapa kamu. dan Dia sangat sayangkan kamu.


asalkan kamu SABAR...dan IKHLAS. kerana SABAR dan IKHLAS.. itu lah Islam.






wallahualam.