Tuesday, November 15, 2011

Kembali kepada yang asal

assalamualaikum w.b.t


kembali kepada yang asal? apa yang kembalinya? kembali kepada yang asal ini saya maksudkan dengan jiwa, jati diri. fitrah sebagai satu roh yang meminjam suatu alat daripada Pencipta yang dipanggil tubuh badan dan dilabel di bawah tag nama "hamba".


entry ini saya dedicate khas kepada beberapa orang sahabat saya yang bertanya, apa maksud status skype saya, yang kembali kepada yang asal? hmmm. sebenarnya ini adalah salah satu bab di dalam buku "Bercinta sampai ke   Syurga" karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. susah untuk saya terangkan. jadi, marilah. mari. saya ajak anda semua untuk menghayati apa maksud "kembali kepada yang asal" ini. 






Kembali ke Asal
Allah mengatur hidup kita bukan untuk membatukan diri di zon selesa


   Bunyi atap zink disimbah hujan, membingitkan malam. hampir tidak terdengar dengkuran anak-anak saya yang tidur keletihan.


   saya membuka sedikit tingkap rumah, dan melepaskan pandangan di celah malam yang gelap. hujan dari cucur atap memercik ke wajah, basah bersama titik-titik air mata yang tidak semena-mena bergenang perlahan.


   Allah jua yang tahu, betapa sejuknya hati dapat mencium tangan bonda. perpisahan tidaklah begitu lama, tetapi peluang balik ke kampung telah meredakan resah jiwa saya yang masih kontra dengan bingit kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur.


   Sungguhpun jiwa saya resah dengan pemodenan di kota, saya tidak dapat menolak cinta saya pada teknologi. saya memang sukakan teknologi. seawal 1994, saya sudah boleh menghadap Macintosh Performa berjam-jam, kerana minat saya kepada teknologi. kesukaan saya kepada gajet telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 rakan mula menggunakan PDA Palm V akibat pengaruh saya semenjak 1998.


HUTAN BATU
   saya tidak jatuh cinta pada hutan batu. tidak habuk dan debu. jiwa saya cepat mengeras di hutan batu, saya mesti selalu mencari hijau rimba dan alur dingin yang menderu, Jiwa itu menjadikan saya sering resah di kota seperti di Kuala Lumpur.
   "I am so blessed that I rejected the offer for me to do the medicine in Galway. I was there last month to see if my decision was right or wrong. My goodness, Galway has nothing... such a kampung!" kata anak seorang kenalan saya yang menolak tawaran ke Galway.


Anak KL!
Saya tersentak dan sedikit terkilan.


   Bagi anak muda yang lahir dan membesar di hutan batu, Galway memang jemu dan tidak mampu menawarkan apa-apa keseronokan. Tetapi enam tahun kembara saya di barat Eropah, Galway itulah bandar yang paling tenang dan damai.


PULANG KE MALAYSIA
   sekembalinya saya ke Malaysia, empat bulan pertama sungguh mendamaikan. mungkin bagi kebanyakan orang luar, Ipoh bukanlah bandar pilihan. tetapi bagi saya yang lahir dan membesar disana, Ipoh ada segala-galanya untuk saya.


    Pun begitu, Allah mengatur hidup kita bukan untuk membatukan diri di zon selesa. demi mencari peranan dan sumbangan diri, saya sekeluarga akhirnya tercampak ke hutan batu di Kuala Lumpur. 
Semenjak hijrah pada Disember 2004, saya harus berhenti daripada bertanya, "mengapa Ipoh saya tinggalkan?" Namun saya tidak menafikan, betapa jiwa saya jadi keras dan meronta andai lama tidak keluar mencari damai di alam desa.






DISEBALIK DESA
"sedapnya anak-anakku tidur", saya berkata sendirian. hujan sudah beransur reda. titik hujan masih berdetap di atas bumbung.


Allah.. cepatnya masa berlalu. dulu di bilik ini, saya bergaduh dengan abang-abang di dalam gelap. seorang mahu kipas dipasang, seorang lagi mahu kipas ditutup. seorang menolak si adik, seorang lagi menepis si abang.


"TIDUR!" Akhirya Emak menjerit dari bilik sebelah, dan kamu semua terdiam. tersengih di dalam gelap, melayan hari hari remaja menuju dewasa.


   semua itu sudah lebih 20 tahun berlalu. Bererti sudah 15 tahun Abah pergi buat selama-lamanya. Rumah ini, ada kenangan indah, rumah ini juga ada hari luka yang parah. tetapi ada seperkara yang tidak pernah berubah. rumah ini mendamaikan jiwa yang resah.


   Mengapa begitu mudah penyakit orang Kuala Lumpur terubat sekembalinya kami ke rumah ini? kerana kami pulang ke asal. itulah formulanya.


   Untuk mencari damai di hati dan jiwa, pulanglah ke asal. Mungkin kerana itu, zikrullah, solat, dan majlis ilmu, sering mengundang damai. sedangkan dosa, lagha dan tenggelam oleh urusan dunia, acap kali menimbulkan resah dan gelisah. kerana asal jiwa ini 'dekat' dengan Allah.


Masakan tidak 'dekat'. kita pernah bersoal jawab dengan Allah secara langsung di alam roh yang misteri, namun boleh difahami bahawa asal maujudnya kita adalah 'dekat' kepada-Nya.




Allah bertanya secara langsung kepada kita:
Bukankah Aku Tuhan kamu?"
Dan kita semua telah menjawabnya secara langsung kepada Dia:
"Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Al-A'raaf: 172)


ANALOGI PERANTAU 
   apa rasanya seorang perantau yang terbuang sendirian di bumi asing? sunyi, rindu, dan resah tidak tentu masa.


   Bagaimanakah perasaan perantau itu tatkala bertemu dengan seorang insan yang dikenal pastinya sekampung, sedaerah, dan berkongsi persamaan, ketika dirinya sedang remuk rindu di perantauan? pastinya gembira, hilang sunyi, terhibur malah rasa 'selamat'.


   bagaimana perasaan itu menjelma? dari mana kepuasan itu muncul di dalam jiwa? tentu sahaja kerana insan yang ditemuinya berkongsi asal yang sama.


   Apabila diri dibawa pulang ke asalnya, jiwa tenteram beroleh damai. itulah rahsia zikrullah menenangkan jiwa, ketika roh kita dibawa kembali ke sifat asalnya. 'Dekat' dengan Allah.






   Itulah kesejukan mencium tangan bonda, kerana saya pernah berkongsi nyawa dengannya. saya dari Dia melalui dia, bonda yang mengandung dan melahirkan saya. Mencium tangannya sudah memutikkan bahagia, apatah lagi pada memeluk dan mendakapnya. 


kerana saya membawa diri pulang ke asal, saya adalah sebahagian diri bonda.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


itu lah sebahagian daripada bab itu. panjang sangat kalau saya tuliskan semua. cukuplah untuk kefahaman, apa yang saya maksudkan kepada kembali kepada yang asal.


Pada saya:
Kembali kepada yang asal, ialah kembalinya diri kita kepada diri kita yang sebenar-benarnya iaitu sebagai seorang muslim. sebagai seorang hamba kepada Tuannya. kerana dengan kembali kepada asal lah kita semakin mengerti apakah tujuan kita dilahirkan ke dunia.






wallahualam.