bangun pagi. tidak rasa apa-apa yang baru. terasa berat mengucap syukur padaNya. langsung sombong mengatakan alhamdulillah. begitukah seorang hamba? selalu sahaja dengar. ucap lah syukur. ucap lah syukur.tetapi mengapa sering saja terlupa. kadang-kadang malas.
tengok cermin. terasa diri ini sama. sama seperti semalam.tiada apa yang boleh diambil dari semalam.tangan menekan pipi.terfikir alangkah bagus hari ini aku menjadi orang lain. sekurang-kurangnya ada juga barisan gigi yang terkeluar untuk orang lain. bangun pagi esoknya pula, aku bertukar menjadi manusia lain.
di dalam kelas. gelak ketawa. bual bual kosong memenuhi ruang. menggigit bibir sendiri untuk menyertai perbualan. tetapi malas. tidak mahu. hati terpaut pada kerusi yang utuh. ah. persetankan mereka. biar aku diam. biar sunyi yang berkata-kata. biar aku sahaja yang mendengar suara sunyi itu. biar diam bertempik di hujung jauh dalam telinga.
kerja bertimbun2. penuh meja. berselerak, tetapi masih beratur dalam aturan masa. pengajian yang tidak pernah putus. bersambung dan berlingkar. masing-masing menunggu masa disentuh. masing-masing tunggu masa untuk dipersembah. tiada belas kasihan. semuanya sudah ada dalam catitan. ambil giliran untuk dilapah.
di dalam diri. tahu saja diri boleh bangkit. tapi mahu juga seorang menanti di hujung sana. padahal tidak perlu pun sebenarnya. rasa ingin diperlukan yang menjengkelkan.tidak selesa. mengeluh dan tersenyum sendiri. senyum tidak semestinya gembira. senyum untuk menyeru kekuatan diri. agar bangkit tiada bertongkat. cukup tangan sebagai penggagah. diam.
wassalam.
p/s: maaf. anda semua tidak faham. apabila semua rasa disimpulkan. begini lah hasilnya.