Saturday, April 30, 2011

Perpustakaan saya

Salam alaikum



senyumlah selalu. sebab dengan senyuman, secara tidak sengaja, kita dapat meringankan beban orang lain walaupun sedikit. lagipun, senyum itu kan sedekah!




selepas hampir seminggu berhempas pulas, mentelaah dan  mennyedut ilmu-ilmu dari buku, saya akhirnya bebas! bebas untuk sementara waktu. tiada lagi kekangan waktu. tiada lagi berkejaran dari setiap helaian ke helaian lain. 
alhamdulillah. namun kebebasan ini sementara sahaja. sebab saya akan kembali kepada fitrah saya sebagai seorang pelajar sekejap lagi. atau mungkin esok. untuk berenang dalam masa lapang, boleh sahaja. kena bijak. tapi jangan lemas. (saya hampir lemas!)


tengok balik entry saya yang lepas, saya termenung. dan saya mula berfantasi. bayangkan penyusunan otak saya.


dengan kata lain, library pemikiran saya.



selamat datang! tak berminat? sila beralih ke page lain. terima kasih.




saya berdiri dihadapan satu sliding door. kacanya legap dari luar, dan saya boleh lihat dari luar. supaya nanti saya boleh melihat orang lain melalui pintu itu. tetapi orang tidak boleh melihat saya langsung. nanti semua orang dapat tahu pemikiran saya. tiada privacy. pintu itu kecil sahaja. muat-muat tubuh saya. biar saya seorang sahaja yang boleh masuk. sebab saya tidak mahu orang masuk melalui pintu itu, dan buat kacau, dan pengaruhi diri saya. cukuplah saya seorang sahaja yang kuasai diri saya.


library saya, tiada penjaga. walaupun ada kaunter pertanyaan, cukup untuk saya sendiri menulis nama siapa yang wujud dalam hidup saya. dan siapa mereka pada saya. tempat saya itu, ada kerusi. tapi sedikit sahaja, sebab saya tak suka keadaan pemikiran saya yang tersekat. saya boleh meniarap sambil membaca. bersandar pada dinding. apabila saya dikenakan syarat, saya akan mula duduk di kerusi.


tingkap library saya sentiasa terbuka. biar angin masuk. biar ventilation cukup memenuhi ruang bilik. saya tidak mahu fikiran saya tertutup. biar sentiasa terang.kalau tidak buka jendela, bau perpustakaan tidak bebas. dan jadi rimas. dan saya tidak boleh membaca. tidak boleh berfikir dengan betul. saya juga perlukan pandangan orang lain untuk buat keputusan. saya harap pandangan2 orang lain itu datang bersama angin yang masuk melalui tingkaptingkap itu. 


rak-rak buku saya, saya akan pastikan susun ikut keutamaan. rak yang paling depan sekali, adalah rak tanggungjawab. dan dibahagikan pula pada bahagian-bahagian yang lain. pada Allah, pada nabi, pada agama, pada ibu bapa, pada kawan, pada diri sendiri, pada masyarakat dan lain lain. semua sudah ada portion nya tersendiri. cuma ingin susun sahaja.


seterusnya rak belajar saya. rak kerja sekolah, rak assignment. semua ada. 


rak perasaan? saya letakkan dalam satu bilik khas dihujung sana. cinta. sayang. sedih. kasihan. apa-apa saja lah. semua ada tempat di rak itu. bilik itu,  akan saya kunci. hanya beberapa jenis saja yang saya ambil. cukup untuk tidak menjadikan saya manusia batu, kejam, emotionless, blur dan lemah. cukup untuk menjadikan saya bermanfaat kepada orang lain. cukup menjadikan saya manusia yang manusia. 


saya akan buka bilik itu, bila diperlukan. sekarang masih belum tiba masanya saya rasa.


walaubagaimanapun, library saya masih tidak sempurna. bagaimana hiasan dinding. berapa floor apa semua. tapi, tak kuasa saya saya fikirkan itu semua. cukuplah itu buat masa sekarang. masih perlu pembaikan. saya akan fikirkan lagi kemudian.


semestinya, fantasi itu indah. itu adalah expectation saya.


realitinya, masih berterabur. rak-rak tidak tersusun. masih tunggang langgang. masih lintang pukang. kertas-kertas berhamburan disana sini. ada juga yang tersusun, tetapi tidak kemas. tingkap ada yang terbuka, ada yang tidak. biasalah. manusia normal.


tetapi pintu perpusatakaan saya masih sama. 


terima kasih kerana melawat. 




food for thought.


wassalam.








p/s: nak baca buku denyut kasih medik. best tak?