Saturday, March 12, 2011

Saya bangun kembali

Ungu - Syukur Alhamdulillah


Slalu kusakiti engkau dengan dosaku
Ku balas sgala kebaikanMu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu

Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Allah
Atas indahnya hidup

Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Robbie
Atas rahmat dalam hidupku

Slalu ku tinggalkan engkau dengan khilafku
Ku balas sgala kemurahanMu dengan keburukan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu





salam alaikum semua. alhamdulillah dengan limpah kasih sayangnya, saya masih lagi berdiri hari ini, bernafas semahu-mahunya. menghirup sebanyak mana oksigen yang diperlukan oleh paru-paru untuk membuat proses pertukaran gas dalam tubuh ini. masih lagi mampu bangkit, memegang bucu harapan untuk bangun melihat dunia kembali.


alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana saya telah mula move on diri saya sediri dari terus rebah, dari kesedihan yang amat, dan juga membutakan. buta kerana, pada waktu sedih, hanya menyalahkan diri sendiri, buta kerana tidak nampak sahabat-sahabat yang berusaha keras untuk pulihkan hati ini, buta kerana buat saya alpa, bahawa saya masih ada umi dan abah yang sangat menyayangi saya, dan paling mengharukan, buta kerana saya hampir berputus asa dari rahmatnya. alhamdulillah, nikmat itu sungguh indah apabila beroleh sedikit kekuatan untuk mula menjejak kaki memulakan langkah baru.


kesedihan
kita mungkin sedih, dan sedih itu datang dari pelbagai bentuk, ada yang dalam bentuk pelajaran, kesempitan wang, ada juga yang sedih kerana tidak mendapat perhatian yang diminta. dalam kisah saya, saya sedih kerana saya diuji dengan masalah cinta remaja. untuk tiga minggu lamanya saya hanya bersembunyi di dalam diri sendiri, membuat saya tersungkur. sudah tidak mahu menoleh orang lain, hanya menghulur tangan untuk diangkat, di pimpin, tapi hati terasa berat untuk bangkit sendiri. saya ibarat, tidak mahu bangun lagi dari jatuhnya saya itu. dan biarkan dunia berputar selayak sunnah Nya.


Allah 
Allah menjatuhkan saya, dengan menarik cinta dunia saya dengan keadaan saya terpinga-pinga, membuat saya pening, jatuh, melutut, dan menangis seolah tidak pernah kering air mata ini. tidak mampu untuk memandang kehadapan, terasa impian yang dibina bersama sudah malap, tiada jalannya lagi. Allah, menunjukkan rasa sayang kepada hambaNya, dengan memberikan ujian yang selayaknya itu hamba itu. hamba yang diuji. tidak pernah diberikan hambaNya itu, ujian yang tidak mampu dipikul. Allah tidak lah kejam. Dia nak tengok, sejauh mana kita hambaNya ini menyahut ujianNya itu. samada lebih berlari kepadaNya, atau lebih menjauhiNya.


Allah Juga Memujuk
macam mana Allah memujuk? di dalam Allah memberikan ujian, Dia sebenarnya memberikan kita kelapangan hati tanpa kita sedari. macam saya, Dia tahu yang saya suka orang follow blog saya ni, biarpun tulesan saya tidak lah havoc pun, tapi dengan izinNya saya mendapat beberapa follower bertuah, yang saya fikir, sudah mampu buat saya tersenyum walau sedikit. Dia juga membuatkan saya mudah belajar, walau hati tengah berkecamuk melawan kegusaran kesedihan hati percakapan setan laknat. Rasa diri ini dipujuk. heee.


Allah juga tidak membiarkan sahaja hambaNya yang diuji itu meronta-ronta seorang diri. pasti ada pertolongan halus dariNya untuk membantu hambaNya menempuhi ujianNya itu. Syukur alhamdulillah, sepanjang saya bermurung, saya nampak beberapa orang sahabat saya, yang tidak lelah menasihat, menyedarkan, memarahi saya, tahan dengan luahan-luahan saya, tidak lali mendengar saya menangis. hohoho. saya syukur, saya ada sahabat yang kuat disisi saya. 


Cinta Ilahi
Cintailah Allah. Dia tidak akan pernah meninggalkan kita. Dia tetap setia dengan kita, walau sejahat, setolol mana pun kita denganNya, walau kita tidak pernah menghiraukan suruhanNya, tetapi, Dia tetap ada dengan kita. andai jiwa berkecamuk, pohonlah kepadaNya. Allah tuhan kita. Dia tahu apa yang kita nak, setakat mana kita boleh diuji, dan dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang disayangi.





next checkpoint. InsyaAllah akan tiba masa ini. 




saya harap saya akan kuat seperti ini di setiap hari yang akan saya lalui nanti. tapi hamba, tetaplah sebagai hamba. kita tidak akan pernah tahu apa ujian kita selepas ni. tugas kita hanyalah berpegang kuat pada talinya,jangan lepaskan. jangan pernah terlintas untuk memutuskannya!






p/s: terima kasih kepada Syed Aidid, Wan Nur Amalina Afif, Siti Nur Amirah, Mohd Afiq Imran. terima kasih sahabat.
p/s/s: terima kasih juga kepada semua followers saya yang tetap setia dengan saya!