Raihan - Mengemis kasih
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
Oh Allah, kalau ini yang Kau lakukan padaku, adalah jalan terbaik dalam hidupku, maka lakukan lah oh Tuhan. Sakiti lah aku andai Engkau mahu ku rapat padaMu. sedarkan lah aku jika alpa padaMu. tarik lah hatiku kepada Mu. jangan biarkan cintaku kepada Mu terbazir kepada manusia lain.
Oh Allah, Engkau telah menjatuhkan ku, jatuh tersungkur sehingga tiada berdaya lagi, maka aku pohon ya Rabb, angkat lah aku kembali, bimbing lah aku, teguhkan sendi-sendi ku untuk berdiri, gagahkan urat tangan ku untuk bangkit.
Oh Allah, aku tidak memohon Engkau meringankan bebananMu keatas ku, tetapi aku pohon, teguhkan, dan kuatkan lah hatiku padaMu. jika Engkau ingin mengajar cinta manusia tidak kekal, ajarilah aku dengan segala kelembutanMu. aku tidak mampu untuk mengenang masa lalu. bantu lah aku untuk hidup. aku insan lemah, dan aku tidak dapat hidup tanpa Mu.
Oh Allah, Engkau begitu setia denganku, memberikan ku nyawa, memberi izin tuk ku bernafas, memberi tangan untuk merasa, 5 deria yang sempurna untuk hidup, tetapi aku masih menagih cinta yang tidak bersifat kekal itu. dan Engkau ya Allah, Engkau lah yang masih setia dengan ku, tidak pernah meninggalkan ku. Sentiasa ada untuk ku, sentiasa kuat untuk ku. Ampunilah kealpaan ku selama hampir 21 tahun aku hidup di atas bumi Mu ini. Suburkan cinta ku pada Mu.
Oh Allah, aku tidak mampu hidup tanpa Engkau. jangan tinggalkan aku.