Salam Alaikum.
mesti anda semua trkejut kan bila saya letak gambar makhluk ni kat atas sekali post saya. sajesaje. buat peringatan diri dan andaanda semua, dalam kesibukan kita dalam urusan dunia, kita kena lah peka dengan pergolakan di libya sekarang. ni lah penggolak dia. Sungguh ____________ kan? (sila isi sediri)
saya akui lah saya mulakan hari ni, dengan mood yang tak berapa reti nak best. banyak juga lah benda-benda pelik yang berlaku sepanjang cuti ni. urm, cuti takdelah panjang sangat, tapi macam untuk kami student Russia bumi bertuah ni, dapat cuti 2 hari dah gembira gaban dah.
okayokay. apa berita pelik yang pertama?
kuang ajo base manusie!
hurm, mesti anda semua tidak faham, kan? anda nampak tak:
1. jalan kecik kat sebelah dinding tu
2. dinding macam dekat tebing barat tu. tapi yang ni lagi kecik dan huduh.
3. jalan yang terletak di antara rumput dengan rumput yang dihiasi dengan seketul batu cun yang tak tahu dari mana asal usulnya.
4. nampak tak?
sebenarnya jalan (3) tu pernah jadi jalan sebenar masuk ke rumah saya. telus lah sebiji kereta untuk lalu. yang anda tengok jalan (1) yang kecik comelcomel tu adalah jalan masuk ke rumah saya sekarang, disebabkan ada spisis manusia yang tak berapa reti bahasa manusia buat tindakan bijak dan memudahkan orang lain dengan membina tembok dinding (3). betol, memudahkan. tak perlu lah susah2 kita nak parking kete kita dekat car porch. senang, kan? balikbalik keje, lempar je kete kat tepi jalan, tak perlu nak drive in. oh, mungkin kita boleh belaja seni melipat kereta. tak gitu empunya dinding?
perkara kedua.
saya diminta untuk jadi ketua biro salah satu badan persatuan kat sini. apa? ketua biro? ketua biro = kene pegi meeting? crab! saya tak suka meeting. saya tak suka pergi meeting. tapi, betul kata saudara aizat. meeting (syura) tu sunnah rasulullah juga. rasulullah juga selalu buat and join syura. jadi, apa salahnya kita ikut, kan?
=__=" bayek.
perkara kedua lagi tiga
saya demam. oh. ni memang ujianNya lah. nasib baik lah saya ada sedikit panadol yang diberi oleh daos. dengan kuasa Tuhan, boleh lah saya bertahan kat kelas tadi. sepatot efek ubat kejap je, tapi tadi kat kelas, macam lama la pulak. oh. Kuasa Tuhan lah katakan. no wonder. Dia bley wat apa yang Dia nak. nak abes kelas dah mula nak menggigil lagi. oh. memang good timing lah. terima kasih. alhamdulillah.
orang sakit kepala, ase dia macam ni eah?
oh, esok saya ada test pharmacology. alhamdulillah, sebahagian besar dah study, ada beberapa kerat lagi kena belaja. insyaAllah, sempat habis. nampaknye kena stop menules-nules ni. mendamenda yang best yang lalai ni memang dibuaibuai dengan ayat2 setan laknat. i should stop now!
oops. ada lagi. saya sekarang tengah layan lagu OAG - Bismillahirrahmanirrahim. tak best sangat pun. lalalala~
wassalam. tido dulu!

