Salam Alaikum
ye ye. saya tahu. saya lama dah tak update blog saya nih. nak kata sibuk sangat, dah hampir tepat. cuma tambah 'buat-buat' dekat depan tu oke?
memang saya akui lah, saya sedikit sebanyak terganggulah dengan berita yang agak best lah untuk sesetengah orang, malah buat front page lagi. berita ni, dah berusia dalam nak dekat seminggu dah kot. tapi, saya tak dapat nak tipu lah, saya agak terefek. dan sebab tu lah saya tules nih. sebelum ni, engat nak tules sal entry lain, tapi benda ni cam distract saya.
oyeah!
so, apakah berita tu? ya, kami disini telah dipandang serong oleh beberapa pihak. ye lah, dengan komenkomen yang hot, dan ayat-ayat yang sungguh pedas, khas buat kami. apa? ada antara kami yang datang sini, buat jurusan ni, dari pelajarpelajar sastera? apa? ada antara kami yang gagal dalam semua subjek sains masa spm dulu?
yep, saya akui, memang (atau mungkin) ada, antara kami yang sebegitu, tapi, tolonglah, kami semua bukan begitu. ada antara kami yang mendapat kelulusan cemerlang, mendapat anugerah segala bagai. dan ada juga yang dipilih oleh badanbadan tertentu, di temuduga, melalui prosedur tertentu. kami tidak semua begitu. ya, tidaklah dikatakan kepada kami semua, tetapi, cubit paha kanan, paha kiri pun terasa, sebab kami berada di negara yang sama. pernah juga terdengar peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kan?
saya fikir, apa kesannya? macam mana dengan persepsi pakar dalam bidang kami nanti ketika kami sudah layak untuk menunaikan tanggungjawab? macam mana dengan keyakinan adik-adik kami yang sedang membuat persediaan untuk datang ke sini?
saya agak sedih lah, sebab kami ni, nak kata hidup senang di negara orang, dengan sikap dan egois yang melampau, lepas tu dilabel sebegitu. hurm.
tapi, betol kataNya, setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi. akal-akal yang berfikir boleh merasainya. mungkin ini petanda dariNya untuk memberitahu kami, apa yang perlu kami buat dan apa yang perlu kami sedar, sedang kami berada di tampuk keselesaan, ruparupanya, masih ada yang perlu diperbetulkan.
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْف ِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِ ين
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orangorang yang bodoh (tidak tahu)" (al - 'Araf: 199)
ya. ini antara ayat feveret saya. sudah dapat teguran dariNya, marilah kita berubah! pedulikan lah apa yang orang lain fikir tentang kami.mereka tidak rasa apa yang kami rasa, tidak tahu apa yang kami tahu.
Instead of cursing the darkness, try to fix the lamp
Sheikh Dr. Muhammad Al ‘Arifi
p/s: fight the incompetency!


