Semenjak dua menjak ni kan, saya da makin kurang menulesnules dekat blog saya ni. kerana apa? jangan ingat saya tak tahu. saya tahu kenapa saya lama tak tules. sebab saya curang! O.o
- curang?
- ya, curang!
saya curang dekat blogger. sebab saya mula suka berhinggapan dekat satu lagi network social. takde lah se-social yang dicakap. nak tahu apa benda tu, sila tengok dekat ruangan 'Saya juga disini' dekat sebelah sidebar kanan blog ni. ataupun saya tules sekali lagi. nama dia adalah....
Tumblr
yep. nama dia tumblr. kepada sape-sape yang blur lagi sal menda nih, meh dekat2. meh nak citer. mesti ada sesetengah anda yang da cuba untuk paham, tapi, tak pahampaham jugak.
p/s: kepada sesiapa yang da tau, sila buat tak nampak perenggan ni, dan terus skip ke bawah. terima kasih.
tumblr ni, bagi saya lah, sangat la addictive, lebih dari facebook. (cheh...mentangmentang baru buat facebook, da nak eksyen.ah.persetankan). tumblr ni, dia cam menarik minat saya, sebab dalam dia, banyak tumblrers ni diorang share2 gambar, quotes yang menarik, dan sangat kena lah dengan kehidupan kita. (bagi saya lah.) masuk dashboard sediri pergi melawat tumblr orang lain, tengok post2 menarik, follow, reblog. pastu mula melawatlawat tumblr lain pula! voila! seyes, tak bosan. sebab dekat situ jugak kita boleh jumpa banyak manusiamanusia yang kreatif. dan gambar menarik.saya suka style2 gambar yang di share dekat tumblr. kat situ, nak tules blog pn boley. nk link blog ngan tumblr pn boleh. no hal. rilek. stay cool. wewewewe~~
ni contoh gambar yang saya pau dari postpost saya sebelum ni. ni pun saya reblog dari orang len juga. saya suka spisis2 gambar macam ni. nk tengok lagi? tengok bawah ni.
heeee~
perhatian: saya ni, bukannya promoter or agent sulit tumblr untuk promote andaanda suma pasal tumblr. saya nak cakap kenapa saya addicted. sila paham yea. (kalau tumblr nak suro, saya okey jek. $.$)
ok! post kedua!
Jatuh Bangun Kembali
sebelum ni, anda semua mesti pernah diuji, dengan mental dan psikologi kan? maksudnya apabila hati mula futur, dan sudah tidak nampak erti bersyukur dan redha, kita manusia akan mula memberontak dalam jiwa. tambahtambah lagi apabila sesuatu yang kita yakin yang kita boleh buat, tetapi disebabkan orang lain, kita tidak berjaya untuk menggapai apa yang kita mahu. rasa nak marah kepada orang tu.
tetapi, dalam kemarahan, dengan tak tahu malunya kita, dengan tidak bersyukurnya kita, kita terlupa siapa kita, dan kenapa kita jadi macam tu. kita cam memilih untuk tidak berasa redha, dan mula menunding jari kepada orang lain. tengok orang lain rasa nak gigit pun ada.
tapi kita sebenarnya harus engat, setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita, dan begitulah caranya Allah menunjukkan kasih sayang kepada kita. bukankah Allah menguji hambaNya yang disayangi. nak ke kita tak nak diuji? jadi macam fir'aun laknatullah, yang diberi istidraj berlebihan dan akhirnya lupa daratan dan mengaku diri sebagai Tuhan. crap!
Dalam al-Quran pun telah banyak mengandungi ayat-ayat cinta dari Ya Rabb. Allah yang menurunkan ujian, Allah yang menariknya kembali, Allah jua lah yang memujuk kita dengan kasih sayangNya :) Tuhan yang Mencipta kita, dan sememangnya Dia jualah tahu bagaimana cara untuk memujuk kembali. kita boleh lihat pada satu firmanNya.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
2:286
dan Dia berkata lagi:
" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
2:216
Allah Tahu, kenapa Dia memberikan ujian sebagai hambaNya, dan kita hanya boleh mengambil hikmahnya sahaja. Yang penting, Allah nak tengok, macam mana kita hadapi ujianNya itu, samada kita semakin menuju kearahNya, ataupun sebaliknya...