Oh tidak tidak. saya disini bukan promote lagu Drama King oleh Meet Uncle Hussein. Sebenarnya saya nak highlight dekat perkataan 'drama' tu. tertules King plak. malas nak sapu.
ye ye. da tahu. tak perlu nak tules tules dekat baju.
Semalam, saya bangun pagi. jam pukol 430. oh. terlalu bapak lah awal. tapi, da taboley tido. ah, bangun je lah. bangunbangun, basuh muka, duk depan lappy tak tahu nak buat apa. bukak bit torrent, tengok citer apa yang da siap download semalam. Pastu jumpa lah cerita Hunt to Kill. layan lah.
dalam pukul 8, dah siap kerjakerja yang patot, saya pegi lah dapur, kemaskemas dapur. dapur bau cam haram. bau cam _________ (anda isi lah sediri. malas nak tules) pun ada. sebab dah lama tak masuk dapur. budakbudak rumah saya semua pegi melancong. saya malas. kedekut jimat duet. lepas packing sampah sarap di tempat dan plastik yang sepatotnya, saya pun bimbit (betol eah kata kerja bimbit? dah lama tak guna bahasa melayu baku. nak cakap, saya bawak sampahsampah tu) lah ke pintu utama rumah. ada lima plastik semuanya. dah lah berat, dan ditambah bau yang mengharukan, buat rasa diri ini ingin menghayun sampah sampah tu direct keluar tingkap. tapi diri ini seorang penyabar.
masa keluar ke main site untuk buangbuang sampah ni, saya jalan macam biasa lah. oh salji sudah keras. kene hati-hati. saya pun buang lah sampahsampah tu ke dalam tempat yang sepatotnya di depan rumah saya dengan se-cool yang boleh. masa toleh belakang nak masuk rumah balik, ada sorang pacik dari mana entah soundsound saya.
Pacik: woi. ko nape buang sampah situ? dekat kawasan rumah kau takde tong sampah ke? kenapa buang sampah sini wey!
Saya yang penyabar: errr.. terima kasih pacik. (saya tahu jawapan tu tiada kaitan, tapi saya tak pasti nak kenapa saya cakap macam tu).
nak cool siket pun da kene spoil. =__="
ah, persetankan smua tu. sabar je lah. geram nak cakap. "RUMAH AKU DEPAN ENGKAU LA BANGKA!" tapi cakap dalam hati sudah lah.
masuk dalam rumah, duk atas katil nak main PSP, tetiba abang Nazrul telefon saya, cakap nak datang rumah, nak ajak saya main bowling, sambil nak ambil contact lens Ahmed yang tertinggal dekat rumah saya sebelum dia bertolak ke Moscow tempoh hari. tapi saya tak pergi, sebab saya ada urusan dekat universiti.
Sebaik sahaja abang Nazrul kuar rumah, tup! takda letrik. Alamak. Check suis dalam rumah, suma okay. cek suis utama macam pelik jek. masuk dalam rumah balik, usung tangga keluar. panjatpanjat, macam lupa la pulak suis rumah saya yang ke berapa. kang, tersilap mainmain suis, kuar abes jiranjiran marah marah saya. saya pun tak tahu lah nak buat apa. naik tangga lagi, dan gamble. gamble punya pasal, habes keempat2 suis saya tekan. lantak lah. tibatiba teringat saya ada tules sal suis rumah saya ni dalam entry ni.
saya pun mintak tolong saudara Anuar untuk bukak blog saya, dan tengok post tu. pastu cakap nombor bape sebenanye suis rumah saya ni. lepas dapat maklumat dikehendaki, saya pun mengusung tangga, panjat, dan tekantekan suis, tapi, tak jadi jugak. masa wat masuk tangga dalam rumah, kuar lah jiran saya dan cakap, letrik satu bangunan takde. saya pun rasa macam...
ha ah. lebih kurang macam ni lah saya rasa.
dan saya pun bersiap-siap lah ke university main building sebab ada urusan sikit. sampai-sampai je, pergi ke Department of Microbiology, macik cleaner cakap, semua cekgu da blah. heh? what you mean by 'blah'? baru pukol 1155? tapi semua orang dah balik? saya pun sekali lagi rasa macam... (boleh tengok gambar diatas).
sebelum pulang ke rumah, saya singgah dulu dekat supermarket, nak beli pencuci sink dengan penyapu baru (sebab yang lama da kena gigit hancur. rajin sangat kemas rumah. nak buat macam mana. cheh!). dan juga saya beli salat kesukaan saya. nama dia Mimoza. oh. so extravaganza! (whatever)
sampai dekat rumah, engatkan da ada dah letrik, tapi takde lagi. adeh. makan lah dulu. lepas tu, tak tahu nak buat ape. saya pun bukak semua suis lampu rumah saya, dan saya pun tido, dengan harapan, nanti bila bangun rumah akan terang benderang.
Alhamdulillah, ketika saya sedar, rumah saya bercahaya, lampu meja nyala, lampu dapur apa semua, lampu ruang tamu, koridor, kolam renang, bilik air, semuasmua lah. nasib baik lah kan. dah lah dekat luar dah mula gulap gulita. takotnya.
rumahku bercahaya kembali!!
ok, saya tipu.
Terang benderang lah sangat. makin gelap adalah. alamak, nak buat macam mana ni. Letrik masih lagi takde. saya tengok tangan sediri pun tak nampak. this is not good. saya pun pack2 barang semua, kemaskemas laptop, pakai baju siapsiap, dan berazam, malam ni tido dekat umah Anuar. Yeah!
Sekali, tengah pakai kasut, Tadaaa! rumahku kini terang benderang. dan saya tengok cermin dekat bahagian kasut tu, dan saya pun rasa macam.. (boleh rujuk gambar sebelum ni. terima kasih). tetapi saya tetap pergi lah rumah Anuar tu. dah dua malam saya tido sorangsorang dekat rumah. sunyi jugak yea.
Tapi, tu semua adalah ujian dari Tuhan, kan? apa musibah yang kita lalui, semua adalah tarbiyyah dariNya. benda kecik kecik yang menguji kita punya kesabaran pun satu ujian juga.
Abdullah bin Mubarok berkata:
“Musibah itu hanya satu bala’ tetapi jika orangnya mengeluh (tidak ikhlas) maka menjadi dua bala’, yang satu bala’ musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah.”



