Monday, December 13, 2010

Tali


Sebenarnya, tinggal seorang, berseorangan, pun tidak best. duk dalam komuniti tidak best jugak. duk dalam kelompokkelompok kecil pun, ada juga yang tidak selesa. masa berjalan, manusia dicipta Tuhan untuk memerhati keadaan sekeliling, ambil ibrah daripada apa yang berlaku, memberi tanpa diminta, menolong tanpa disuara. tapi ramai juga yang tengok hadapan, terlalu hadapan, dan memandang nun jauh. dan hanya bergerak dalam laluan sendiri, laju, tanpa membawa kirimankiriman orang lain.

saya agak sudah malas untuk menulis disini. terlalu banyak yang ingin diceritakan. saya ingin ceritakan pasal saya, rumah saya, kelas saya, kawan-kawan saya, komuniti saya, tempat saya belajar. tetapi, selalu sahaja tidak kesampaian. sebab apa? sebab saya risau. risau akan hidup orang lain.

kalau hati ingin berbicara tetapi tak tahu diludah ke mana, maka, berbicaralah pada Tuhanmu. Tuhanmu itu Maha Mendengar. dan Dia akan membalas percakapan hati kita dengan satu jawapan: Muhasabah.

"Maka bersabarlah kamu. sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah supaya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang" (40:55)

semoga satu hari akan dilemparkan kepada saya seutas tali, moga moga dapat bergantung pada secebis iman yang ada. 

wassalamualaikum.