Friday, December 10, 2010

Dakwah mereka

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut, mencari mak..

hurm, apehal lak awek dua orang ni sengih2 dkat aku. merimaskan betol. euww... (bajet hot!)

Kau datang dan pergi oh begitu saja

mula datang kearah aku, berlari lari..

Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan ha.....

dua orang awek duk diri depan aku sambil buat gerakgerak mulut. aku tak paham. diorang ni bisu ke?

awek 1: awak pandai cakap omputey tak?
saya: yep. clever clever. (pandai pandai)
awek 1: ni kitorang nak tanya, awak rasa lah kan, bible skarang boleh diguna pakai tak untuk zaman skarang?
saya: hurm, tak semua lah. sperti yang kte tahu, banyak yang da corrupt, ditokok tambah. hanya sedikit sahaja yang masih betol.
aweks 2: saya nak mintak pandangan awak tentang ayat ni. ayat ni saya amek dari Holy Spirits. 
saya: Holy spirit? ape tu? Bible ea?
aweks 2: ha!. betol betol betol.

dye kuarkan satu kitab dari tas tangan beliau, dan bukak muka surat bape ntah. tapi dye da tanda. cun jugak la penanda dye tu. nak beli ase. msti ada banyak kat kedai alat tules ni..

awek 2: cuba awak tgok ayat ini. (sambil tunjuk)

ayat dye lebih kurang macam ni lah. "wahai manusia, kalau orang melakukan kebaikan kepada engkau, maka engkau balas lah kebaikan, kalau orang berbuat kejahatan kepada engkau, balaslah dengan yang sama"



awek 2: so, awak rasa, kalau dengan ayat ini, agak2 kita boleh dapat kawan tak?
saya: hurm, saya tak berapa setuju. dalam pemahaman saya, kalau orang buat jahat dengan kita, kita janganlah buat jahat dengan dye. kita terus buat baik. semoga nanti Tuhan akan bukakan hati dye, dan dye jadi seorang yang baik. hidayah kan milik Tuhan..
awek 1 & 2: oooo....
awek 1& 2: awak rasa, tuhan awak ada nama tak?
saya: ada ada. Dia ada satu nama, tetapi tidak berbilang. Dia ada 99 lagi nama yang menggambarkanNya. nama Dia, Allah.
awek 2: oooo, begitu. (sambil keluarkan majalah dan belek2 sampai ke muka surat berapa entah. dan diminta aku  baca.

kandungannya menunjukkan, bahawa tuhan ni tiada nama. hanya sebagai panggilan untuk melambangkan ketinggian sebagai Tuhan, sebagai God, macam raja ni, orang panggil 'king' dan sebagainya. contohnye, God of Mosses, God of Solomon dan sekian2. tapi last2 dye ada stated dkat situ, bahawa Tuhan ni namanya Jehovah.

saya: Jehovah? tapenah dgar pun nama tu sebelum ni. saya hidup 20 tahun, ni baru pertama kali dengar. so, nama Tuhan kamu ini, Jehovah la yea...
awek 1 & 2: yep.
awek 2: Jehovah ni, Tuhan seluruh Alam.. tapi zaman sekarang ni, tak ramai yang meletakkan Tuhan dekat hati mereka. hanya ingat dalam ingatan sahaja.


saya: betol. saya setuju yang tu.
awek 1 & 2: ngeeeeee~
saya: hurm, saya curious la satu benda ni. apa pandangan awak tentang Jesus?
awek 2: hurm, Jesus tu son of God.
saya: so, Jehovah ada isteri lah kiranya?
awek 2: tidak tidak. Jesus tu adalah manusia kesayangan Tuhan. Tuhan sangat sayangkan dye, dan jadikan dye sebagai anak. Jesus tu adalah makhluk pertama ciptaan Tuhan.
saya: ooo.. macam mana dengan Adam, bukankah baginda adalah manusia pertama ciptaan Tuhan? Tuhan tidak sayangkan baginda kah?
awek 2: eh, tidak. bukan macam tu.
saya: so, Tuhan lebih sayangkan Jesus, lebih dari Adam?
awek 1 & 2: errr... ya..
saya: ooo macam tuu.. takpe. satu lagi. macam mana dengan konsep Trinity?
awek 1 & 2: oh tidak. kami tidak percaya dengan Trinity.
saya: oh.. okey3. 
awek 1: hurm, apa kata kita bertukar no telefon, mungkin kita boleh berjumpa di masa masa yang lain. so nanti kita boleh cakap2 lagi pasal ni.
saya: oh sudah tentu. tapi saya tak bawa telefon. telefon saya dekat rumah. nanti awak kol saya yea.
awek 1: okey3.
awek 2: nah saya bagi buku ni dekat awak. awak ambillah. baca sikit. mungkin kita boleh bincang nanti.
saya: oh okay3. terima kasih lah. saya pun nak tahu jugak tentang agama Nasrani (kristian) ni. syukur rasa dapat jumpa awak dua orang ni. teeee heee~
awek 1 & 2: sama sama. kami pun gembira jumpa awak!
awek 1: nanti saya call awak!
saya: okey!

aku pun blaaah dari tempat kejadian. sambil baca tajuk majalah tu " The WatchTower: Announcing the Kingdom of Jehovah"

jangan risau, aku tak bagi no telefon aku yang betol. aku bagi no telefon aku yang lama. walauapapun, gembira lah jumpa dua orang ni, mengajar aku tentang basic agama mereka. boleh aku tambah pengetahuan sikit sikit. dari sini, aku peroleh dua benda:

1) mereka telah melaksanakan dakwah mereka dengan bersungguh sungguh. dakwah kita pula bagaimana yea?
2) rasa malu sebab tak cukup ilmu nak bagitahu kembali tentang agama islam. (wooohooo... ase rindu pulak dekat Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. nyesal tak tengok vid dye sampai abes ritu)

"Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah Kami Jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan Memberitahukan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan.
                                                                                                              

 al-An'am: 108