Ketika kepala aku meliang liuk menahan kantuk ketika colleague aku sibuk present new CLSI M100 update untuk tahun 2026, aku buka aplikasi facebook. timeline aku scroll laju ke bawah (ke ke atas?). ada satu sosok figura dalam gambar hitam putih berbentuk lonjong menegak dan kalungan bunga. ada tulisan ayat suci alquran.
aku skip laju laju.
selepas beberapa kali, gambar dan berita tu muncul lagi. kali ni aku decide untuk bagi perhatian.
aku amati empunya wajah. rasa macam kenal.
baca nama, hmmm. tak kenal rasanya. random dude ni.
aku baca cerita dia yang rakannya garap. oh, doktor rupanya. meninggal sebab tahu tahu dah late stage lung cancer.
aku baca lagi dan lagi. bila tengok gambar lain yang diattach sekali dengan entry tu,
eh. aku kenal ni. kawan aku.
tiba tiba random dude tadi menjadi seseorang.
Allahu.
Alfatihah (dibaca).
tersandar ke belakang. lah. kawan aku rupanya.
perasaan terkejut dan hiba menelan aku pada waktu itu. suasana dalam kepala aku murung. biarpun ahli mesyuarat sedang ralit bertukar pendapat dan gembira, tidak satu patah perkataan pun yang aku dengar di telinga.
ada satu perasaan tidak selesa di dalam dada dan di dalam rahang dan tekak aku.
Afiq. aku kenal dia dua minggu je, time dia buat attachment di forensik May 2025, dari Hospital Jeli. 2 minggu je waktu tapi kami bonded well. dia jenis yang suka senyum, kena marah dengan bos pun senyum. ketawa dan layan je lawak lawak bodoh aku. pernah kami ke Restoran Nasi Ulam Cikgu, makan dan gelak sama sama. sama sama makan, sama sama bayar. sekembalinya dia ke Jeli ada beberapa kali dia contact aku untuk facilitate dia punya post mortem. ada yang okey dan ada yang tak (maksudnya kena bambu dengan bos). tapi si Afiq ni dia layankan saja. semua senyum aja. taknampak biji mata kalau dia senyum.
last contact, October 2025. tanya pasal post mortem.
dan itu sahaja.
Begitulah manusia dengan kematian. kadang kadang kematian tidak benar benar menghancurkan kita. seringkali dia meninggalkan rasa sebak dan kosong dalam dada.
Barangkali Afiq ni pernah datang dalam hidup aku. rehat sebentar dalam memori dan pergi dan hilang untuk selama lamanya. sudah tiada random call dan pertanyaan khabar dalam whatsapp. pintu fail memori Afiq dalam otak aku sudah ditutup selamanya, jumlah masa aku dengan dia sudah muktamad dan takkan bertambah lagi.
salam takziah untuk keluarga, anak dan isteri Afiq bin Aman. selamat berehat, orang baik.
Mofar Rahman