Di pembaringan dilitupi selimut, aku memandang siling dalam bilik aku. kipas ligat berpusing. sama dengan fikiran aku.
aku cuba untuk ingat the very last conversation dengan Abah aku. aku tak ingat apa yang kami bualkan. semua ni buat aku terkilan.
tapi bila tutup mata, apa yang aku paling ingat pasal Abah in a glance tanpa fikir apa yang dia dah tinggalkan untuk aku, membuatkan aku terbang ke 21 tahun lalu, di majlis penyerahan ilmu sebelum peperiksaan PMR. abah hadir dalam setiap majlis penyerahan, sejak UPSR lagi, he never miss.
aku tak tahu apa yang particular untuk memori itu. Abah ada. Abah peluk aku. dan aku menangis teresak esak macam budak kecik dalam pelukan dia. maybe itu je yang aku perlu ketika dan saat itu.
Aku rindukan dia setiap hari, namun pada hening malam yang sunyi begini, kerinduan ini melaung dalam benak aku, lebih daripada biasa.
semoga Abah baik baik sahaja di sana.
Mofar Rahman.