Wednesday, March 11, 2026

Bila cakap tentang interview, aku ingat masa aku interview untuk sambung forensik (tapi tak dapet). 


wife join aku untuk trip ni. Book tiket firefly jam 9 pagi dari KBR untuk ke KUL. kalau ikut masa, aku dah bijak rasanya. interview nanti pukul 230 petang. sempat lah kut. sampai nanti pukul 10 pagi, ambik grab satu jam untuk ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz dari Subang. boleh study sikit untuk preparation.


aku kira macam tu. tapi aku hanyalah manusia biasa. Tuhan Maha Segala.


Flight Firefly delayed dari pukul 9, hingga ke pukul 12 tengahari. sampai sana pukul 115 tengahari. bergegas naik grab dapat driver cina kereta bau arak kaw kaw. sampai sana pukul 230 petang plus jem padu. wife aku park di cafe hospital dan aku berlari ke tempat temuduga. sampai jam 245 petang. baru je duduk terus nama kena panggil.


masuk bilik interview rasa macam masuk rancangan Sharks Tank. aku seorang, against 5 orang core + boomer + dinasour dalam fraterniti forensik di Malaysia.


Dr Suhani

Dr Siew

Dr Jessi

Dr Shafie

Dr Emizam


dalam keadaan aku tidak 100% ready, berpeluh basah lencun baju di dalam blazer bundle rm70. kepala dah la botak baru balik umrah. dari jauh nampak samseng castello cap ayam yang orang ambik berlakon tapi duduk belakang. aku hampir tidak dapat mengawal body language dan posture, hand gestures bergabung dengan cuak tahap 5. aku dihentam bertubi tubi soalan.


masa tu aku rasa memang seluruh semesta taknak aku berada di situ. 


selepas satu jam dibantai, aku keluar dari bilik tu then, the rest was history.


untuk interview wife aku, aku pulak yang teman. 


flight delay, sampai a day before pun still lambat. sampai je iron takda. owner studio pun bangang. tido lambat. tak sempat sahur dan gerak ke tempat interview. 3 jam. 2 jam essay, 1 jam oral. sampai tempat interview, mouse pulak tertinggal. alahai. 


tapi aku okey je since bukan aku yang pergi berperang. 


semalam dia cakap “awak memang seronok la nanti boleh tido. saya ni ada interview esok”


aku hanya senyum jelah. this trip is not about me, dan aku cuba bagi sokongan padu dan lengkapkan keperluan dia (kecuali menjadi penyebab tertinggalnya mouse tu. sorry sayang!)

kalau dulu aku yang di interview

sekarang ni aku pulak yang menunggu.


so three hours di hutan batu nak buat apa? play tourist lah!









“Someone asked, what is true love?

I said its when youre hurting, tired, confused and tired, but your heart still chooses the same person”


Dalam dunia ni semua milik awak, ambik je apa yang awak nak. you got this!



Mofar Rahman.