Monday, March 09, 2026

Aku suka proses Gram stain. langkah demi langkah yang fix. aku suka. walau ada mesin untuk bantu buat staining tu, aku memilih untuk buat sendiri, cara lama, cara kampung.


Susun slide culture atas rak dalam sink.


Letak Crystal violet, biarkan 1 minit.


selepas satu minit, lalukan air atas slide biar semua stain crystal violet hilang.


Letak pulak stain Lugols iodine, biarkan 1 minit.


selepas 1 minit, lalukan air atas slide culture. biar semua stain kuning iodine hilang.


Letak acetone atas slide, biar dia keluarkan excess crystal violet. yang ni takpayah tunggu 1 minit, basuh terus. kuman yang tidak ada peptidoglycan layer yang tebal takboleh retain stain crystal violet ni. jadi cell wall dia akan translucent.


Letak Safranin. yang ni membantu untuk mengenal pasti kuman. sebab Safranin ni akan stain cell wall yang masih ter-stain oleh previous stain. biasa kuman ni dipanggil Gram negative bacteria.


Gram tu nama orang, bukan SI unit gram/kilogram. sakit otak jugak aku masa tahun 2 dulu nak adjust benda ni.


aku suka predicted step. lepas ni buat ni. lepas tu buat ni. pattern yang aku suka. takda masalah. semua in order. bila letak bawah mikroskop, nampak semua jenis kuman yang aku nak. Gram positive cocci, Gram negative bacillus, macam macam. ada rasa sedikit small victory disitu.


ada sebuah “yay!” yang kecil dalam hati aku.


aku jadi lemah kalau ada krisis, dan aku tak boleh handle stress well. sesuatu yang kacau pattern memang sangat ganggu aku.


sebab tu aku stress kalau ada problem di tempat kerja. stress kalau anak tak dengar cakap.


most of time ada orang meluah cakap penat dan stress kerja, aku akan cakap, 


“takda gelora tak power la nakhoda tu”

“all good things come for those who wait”

“kalau tak dipecah ruyung mana dapat sagu dia bro”

“sabar. trust the process. just sabar”

“itsokay to learn the hard way. keep learning”.


dan semua yang seangkatan dengannya.


aku boleh je cakap dekat orang padahal aku sendiri rabak. 


haha.


aku suka uninterrupted pattern. aku suka something predicted. aku suka comfort zone.


and that is why aku rasa aku loser.





Mofar Rahman