Saturday, December 13, 2025

Pada masa ini, tengah aku buat entry ni aku tengah attend majlis apresiasi anak aku. dapat anugerah antara pelajar setiap kelas tahun dua. hebat bukann. sekolah rendah pun dah ada majlis graduasi bagai. tapi bila pikir balik, aku masa tadika dulu helok je pakai jubah hahaha ok bye.


macam biasa majlis macam ni akan ramai ibubapa, cikgu cikgu sekolah selaku urusetia yang sibuk nak jadikan majlis ni lancar. dan sudah tentu akan ada beberapa VIP yang syok sendiri bercakap panjang lebar tanpa read the room. dia dah lah datang lambat. aku ni dah kebas punggung weh tunggu kau.


ada wakil timbalan pengurusan sekolah negeri duduk backup dia punya kementerian pendidikan punya polisi kerja yang menghapuskan sistem peperiksaan ada banyak kebaikan dan sudah tentu benda ni sudah dikaji lama dan bukan keputusan semberono. katanya dulu budak budak ni masuk darjah 5 dan darjah 6 dah tak aktif, asyik fokus ke belajar je. takda exposure. nanti dah besar panjang jadi doktor jadi engineer, menipu orang, sebab takda jati diri. sebab asyik duk belajar sahaja.


sistem sekarang ni lebih membuka ruang untuk lebih bergiat terus walau sudah tahap dua. kononnya akan lebih membina sahsiah dan jati diri. 


ahh sedap je kau bercakap. tu yang menipu berbohong tu kauuu.


masa penganugerahan tokoh murid diorang ada papar dan baca biodata murid tersebut. ketua ni, ketua tu, wakil ni wakil tu. siap wakil negeri lagi. bendahari tu setiausaha ni. semua benda baling atas kepala dia hahaha. siap ada gambar lagi dekat backdrop dan sedikit slide show gambar dia dengan parents dia. ada la terdetik hati aku best jugak kalau anak aku macam ni. 


tapi untuk aku ni aku taknak berharap lebih. aku dan isteri sediakan acuan, biar dia terbentuk dengan sendiri. kalau tak boleh jadi tokoh murid pun, asal jadi terbaik untuk mata aku dan wife aku cukuplah. 


setelah hampir 4 jam duduk dalam dewan sekolah cina ni, majlis tamat. anak dah dapat sijil dia, jom kita pergi celebrate pulak.


makan salmon jom?



Mofar Rahman.