Tuesday, April 16, 2024

“TIDAK BERJAYA”

well this is expected. aku tak perform pun masa interview. banyak sangat kesalahan. salah adab, salah cara jawab. pemikiran tidak terlalu kritikal. im dumb like that, i get it.

tapi apa yang aku tak sangka, adalah perasaan aku ketika menerima berita ini. terduduk aku, tergumam tidak mampu berkata apa apa. betul aku tidak mengharapkan aku berjaya, dan aku sangka aku telah bersedia, namun ombak lagi besar daripada rumah yang aku bina di tepi pantai. habis musnah.

selesai peluk dan cium si Sophie setelah usai solat maghrib, aku kacau ummi yang tengah mengaji di sebelah kami.

ummi hanya senyum. dia cakap “takpelah takde rezeki lagi. boleh cuba lagi lain kali”

aku tahu hakikat tu. aku boleh cuba lagi. aku tahu itu.

cuma untuk sekarang ni, hati dan perasaan bagai dirobek. macam sudah diambil ambil, sudah lohong. aku tak boleh rasa apa apa. im numb.

betul impian untuk jadi pakar forensik. benar aku suka sangat. involve dengan people, higher authorities, courts, comforting relatives. aku lebih cenderung ke situ. tapi denai laluan dan liku perjalanan untuk jadi seorang pakar forensik, tidak favourable untuk aku. dengan anak aku yang masih kecik, isteri aku yang masih takut takut. biarlah orang cakap aku tidak mampu berkorban, tapi terus terang aku cakap, family aku tak safe kalau kami LDR now.

biarlah di depan kaabah, menggenggam kiswah aku berdoa agar jadikan aku seorang yang terbaik dalam bidang aku, namun aku sudahi dengan doa supaya kurniakan aku keputusan yang terbaik, dan lindungilah aku daripada perkara yang aku tidak tahu.

dan Allah sudah menjawab.

usaha sudah.
doa pun sudah.
Tuhan pun dah bagi.
nak tak nak? sila redha. dah minta sangat kan.

cuma yang aku kesalkan, i have wasted another year of my career. aku cuba gagahkan hati bahawa setiap orang ada timeline masing masing. destinasinya sama, cuma ada yang pantas, ada yang perlahan. 

untuk menghadapi entrance exam lagi, yang consume duit, tenaga, masa, fokus, mental. such memories i hate to revisit, but i must. aku harus jalani kembali. its so hard to practice what i preached.

“jatuh 7 kali, bangun untuk kali kelapan”

aku akan cuba lagi sehingga aku betul betul lelah.

we will get there.

I, will get there.

so lets enjoy another year. lets go more camping, lets go travel collecting flags, lets go for more adventure!


tiba saat ini, aku mula merasa sugul. aku rasa aku layak je untuk termenung seketika mengenang nasib sebelum aku bangkit lagi, kan?

hidup takdelah kejam sangat, kan?




i believe i am a nephophile-type-a-guy. hoping to witness a mighty radiant pileus cloud before I die, insyaAllah.



A.M.