Thursday, October 05, 2023

selepas kejadian abah kena stroke, banyak benda berubah di rumah. 


kalau sebelum ni abah bangkit jam 430 pagi setiap hari, tunaikan tahajjud beberapa rakaat, sambung mengaji sampai azan subuh. solat subuh berjemaah di surau, then sambung mengajar orang mengaji alQuran. selepas ajar kelas mengaji abah akan ke rumah adik adiknya di sekitar rumah. kalau sabtu abah akan ke kubur arwah abe dan arwah nenek. dalam pukul 1030 baru sampai rumah. ajar umi mengaji quran selepas dhuha. pukul 11 baru turun ke tanah, kemas kawasan rumah. bakar sampah, tanam pokok baru dan sebagainya. solat zohor di surau. balik rumah dia akan mula main henfon. baca baca artikel. banyak kali juga dia akan buka komputer peribadinya dan melayari internet. solat asar pun di masjid. balik solat asar dia akan turun ke tanah untuk setelkan kerja kerja pagi yang tak selesai. dalam pukul 6 dia sudah ready di hadapan ruang tamu, bermalasan di rocking sofa sambil tunggu kepulangan cucu cucunya. pukul 7 petang selepas makan malam abah akan bersiap untuk solat berjemaah di masjid. biasanya akan stay sampai isyak. pulang ke rumah dengan habuan orang mengajar di masjid, biasanya sebungkus dua nasi, atau bubur, atau roti canai. pukul 11 lebih baru masuk tidur setelah solat witir dan mengaji alQuran.


sekarang sudah lain.


seminggu selepas discharge daripada hospital dia kelihatan keliru. bertanya hal yang bukan bukan. whatsapp sudah hampir 5 kali install uninstall. kurang bercakap. hanya merenung. solat di surau sudah tidak mampu. risau sesat jalan katanya walhal surau tu straight je dari rumah. dia memang tak ingat jalan dah. jadi untuk first few weeks aku akan bawak abah ke surau hari hari, samada maghrib atau isya.


aku pernah bertanya apa yang abah rasa selepas kena serang stroke ni? 


dia cakap paling ketara dia tak ingat apa apa dah yang lama lama. his friends, his working places. cerita lama anak anak. semua dia lupa. and he looks sad.


3 minggu kemudian dia seakan mahu back on track. mula solat subuh di surau. solat asar di surau. maghrib isya on off. mula jejakkan kaki ke tanah, uruskan sampah sampah di rumah. mengaji alquran semakin kurang. katanya sebab rasa semakin susah nak baca. aku cakap itsokay, progress is progress, no matter how fast or slow, how little or many. 


2 minggu sejak kebelakangan ni aku tengok keadaan abah makin tak okay. tiada lagi menunggu cucu cucu di rocking sofa. tiada lagi berlegar legar di sekeliling rumah. hanya duduk termenung di kerusi malas di hadapan televisyen. ke surau pun sudah tidak. letih katanya.


aku pernah bertanya apa yang abah tengah struggle sekarang? dia hanya merenung ke luar. matanya bundar. “sekarang sudah lain. abah dah tak jadi macam dulu dah”, sambil tersenyum sinis dengan pandangan yang dilempar keluar, kosong.


setiap hari aku akan cuba cari topik perbualan dengan abah. macam macam hal, aku cuba stimulate. adakala dia menjawab, adakala juga dia hanya tersenyum. mungkin topik tidak menarik, barangkali.


sekarang abah kelihatan letih. he becomes grey-er day by day. tubuhnya mengurus, pipi cengkung, mata tidak lagi sesegar dahulu, nafas kelihatan pendek pendek menampakkan sosok sangkar dada. makan sudah tidak lalu. air pun sukat. bila aku tanya abah okay ke tak, jawapan dia mesti dia akan cakap okay walhal its obviously not.


sekarang ummi uruskan hal rumah dan jadi jururawat haha. segala buku temujanji, segala ubat ubat, waktu pemberian ubat sudah dihafal. ummi akan teman di setiap temujanji abah be it klinik INR, klinik Kardio, klinik Uro. ummi akan ada menemani abah. selalu juga ummi call aku, ceritakan kebimbangannya terhadap abah.


“abah tidur je hari ni tak bangun bangun. cuba cakap sikit dengan dia nanti suruh bangun buat kerja”

“abah taknak makan ubat”

“abah batuk tak berhenti”

“abah tak tidur semalam sebab tu macam tak sedap dada”

“ubat abah nak habis dah ni”


macam macam. tapi aku layankan saja. hanya umi yang boleh jaga abah ketika kami sibuk memburu rezeki.


kadang kadang nampak juga keletihan umi. selalu juga aku berpesan, “kalau umi penat dengan abah, sabarlah. sebab abah pun ada fight dia. dia penat dengan diri dia sendiri. ummi sabar, ya”


ya Allah aku tidak meminta lebih melainkan Engkau memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada ummi dan abah aku.



dan jadikan lah kami termasuk dalam golongan orang yang sabar.











A.M.