Thursday, October 12, 2023

Sejak dari bulan lepas, lepas sorang, sorang sakit. bermula dengan Abah yang demam batuk seminggu, diikuti dengan Ummi dan Adik. selang dua tiga hari keluarga aku pula. kami menghidapi Influenza A. tapi symptoms aku tak teruk macam wife aku lah.

aku masih boleh gagahkan diri hadir ke ofis. wife aku memang kiok. dalam pada ketika kami hampir renyuk dibelasah influenza, tiga tiga anak kami pun sakit juga. Opie dengan sakit gigi (gingivitis), Ben dengan Lily pun demam taknak makan. bila sakit berjemaah macam ni seksa juga ya. tu orang cakap, kalau anak anak sakit takpe, jangan ibu bapa yang sakit. yelah kalau anak sakit, mak bapak ada nak take care. tapi kalau makpak sakit sekali macam mana? siapa nak jaga? sehari selepas tenang dari kesakitan, si Bunyamin sambung lagi demam. petang tu taska call. katanya Ben ada suspicious lesion, prolly chicken pox. i took my time and finally arrived at the door. badan Ben memang ada lesion, sedikit raise, fluid filled vesicle with surrounding erythematous. okay. this is chicken pox. aku bawak dia jumpa paediatrician untuk confirmation dan betul. cuti kuarantin diberi, dan aku tadah dengan tangan terbuka haha yey cuti free tanpa rekod tapi bergaji. eh jap, lupa anak sakit. alhamdulillah Ben took all these so well. cuma dia cranky sedikit, biasalah tu. alhamdulillah juga, semalam habis 5 dose abah makan Oseltamivir. nampak jugak la dia punya progress. lega juga rasanya bawak balik abah daripada Zon Kuning hari tu.
cuma sekarang ni kena standby Lily dengan Opie in case kalau diorang demam high chances diorang berjangkit dengan Ben. tapi tak silap aku dua dua dah dapat immunization chicken pox hari tu. lupa, kena check balik buku pink depa.






A.M.