Thursday, July 27, 2023

ICFMS 2023 part 1

Hye assalamualaikum


alhamdulillah aku baru sahaja selesai konferens International Conference of Forensic Medicine Science di Langkawi. best ke program tu? haha well, I enjoyed it. tapi bukan program tu semata mata. banyak yang aku hargai dan aku pelajari.


mula mula aku cerita pasal Langkawi.


mula mula aku merasakan naik feri adalah satu yang membebankan bagi aku, sebab aku tak pernah rasa environment naik feri. adakah aku akan di lambung ombak macam ke Perhentian hari tu? tapi orang kata tak since bot yang aku naiki adalah bot besar.


so tiba hari kejadian, aku mula menapak di Jeti Kuala Perlis. aku rasakan aura hebat. macam gah betul jeti ni ya. nak masuk ada beberapa layer of security system, kena periksa tiket, periksa kad pengenalan lagi. ada sistem imbas qr kod dengan laluan berpenghalang elektronik yang canggih. masuk je ke ruangan menunggu, aku dihidangkan dengan satu ruang yang sangat luas dan berpenghawa dingin. kerusi keluli yang disusun rapi sudah terpateri ke lantai. satu tempat yang selesa selepas menunggu di balai berlepas yang hangat.


feri yang aku naiki berwarna merah putih. nombor kerusi aku pula nombor 9. sebelah aku ada seorang pakcik dari Perak dari Jabatan Pertanian yang turut ada kursus. kursus untuk orang bakal pencen katanya. aku cuma mengiyakan dan terus tidur kerana penat. oh lupa, aku kena lambung ke? tak lah. bot besar kan, mana rasa terumbang ambing.


Pandangan tingkap dari seat no 9


perkarangan Jeti yang besau gabak


tiba di Langkawi aku amati jeti Kuah. satu jeti yang besar dengan struktur dan senibina yang menarik. tiang dan dinding dibalut aluminium, seakan akan suasana ni lapangan kapal terbang. aku rasa seronok dan teruja. 


grab sudah aku tempah dan aku terus ke Bayview hotel untuk check in. hotel ni aku rasa hotel lama yang diberi nafas baru. masih ada kesan pembinaan semula dan aroma catan yang baru. perabot yang baru, televisyen yang sudah bersistem terkini. katil pula sedap empuknya. cuma seterika yang menyakitkan hati. haha.



pandangan dari tingkap bilik yang menghadap Maha tower dan awan mega merah.

selepas membasahkan diri di dalam kolam, aku mula bersiap untuk jelajah Langkawi malam tu. naik grab dan aku mula ke Langkawi Fair. katanya situ tempat lagi meriah dan barang yang dijual lebih bervariasi. namun ternyata indah khabar dari rupa. sungguh menghampakan. nak marah pun ada. rasa di scam. aku dengan Muiz hanya saling berpandangan dan kami teruskan jelajah untuk makan malam.

satu roadside eateries yang kami jumpa nama EE burger.

makanan dia sedap, cuma servisnya macam huru hara sedikit. aku rasa banyak kena improve bab servis dia tu. nanti detail aku akan ulas di google review. 

makanannya sedap dan murah. aku order pasta carbonara salmon dan untuk air aku ambik air longan. ya Allah ya rabbi memang sedap sungguh makanan situuu. salmon banyak. dan air longan dia fuh! first time minum air longan yang air dia literally rasa longan. salut untuk pembuat air haha.


ni Muiz punya. datang jauh jauh order Chicken Chop je? ni antara faktor yang buat aku nak marah malam tu


Air Longan tersedap di Donia!


Carbonara Salmon! first time makan! sedap nak meninggal!

the next day, kami sewa kereta. mula mula singgah di kedai gamat. banyak bethol produk gamat ni ya rasa macam nak beli semua. 


destinasi seterusnya kami ke Langkawi Skycab untuk naik ke SkyBridge. memang satu pengalaman yang menarik. bukit (ke gunung?) dia tinggi dan curam betei. seronok naik atas tu. tapi tak bestnya orang ramai dan matahari tegak atas kepala. ada sorang staff tanya tak panas ke datang time sekarang? aku jawab lah panas tu panas tapi ni je time yang ada (lebih kuranglah). dia suggest untuk datang bulan Disember. katanya lebih sejuk dari Cameron Highlands! aku teruja tapi aku cover, aku jawab lah dengan bersahaja “ok…”.

Langkawi, Disember aku datang!


first time naik skycab! seronok! rasa nak teghejun! eh


Langkawi Skybridge tenene~


nanti aku datang lagi ke tempat yang cantik nak mampus ini


selepas habis tapau cable car, skybridge, skypost, skytrail kami gerak ke Pantai Chenang. beli coklat banyak! Pantai Chenang cantik cuma untuk kami berdua yang first timer bersama kekangan masa, kami rasakan tidak menarik dan ambik keputusan untuk tinjau sahaja. kami sudahi kawasan tu dengan makan malam di The Edge. boleh tahan la sedap dan murah dia. 


lupa ambik gambar makanan. egh.


sebelum pulang, kami singgah di Langkawi Parade, nak  kenal tempat. mall dia kecik je macam plaza gitu tapi definitely lagi meriah daripada Langkawi Fair. ada panggung wayang lagi. ketika ni ada cerita Mission Impossible, Blue Beetle dan Barbie. sekali lagi, untuk kami yang first timer dan mempunyai kekangan masa, kami memilih untuk berlalu sahaja. 


kami singgah lagi ke Haji Ismail Group. ya robbi aku ingat kedai runcit ke apa sekali dia macam supermarket weh. besar sungguh. barang pun banyak. dia seakan akan barang penting atau souveniers dekat langkawi tu semua dia letak dekat satu tempat. harga pun boleh tahan. maknanya kalau kau adhoc nak beli barang tapi takdak masa banyak, kau boleh singgah di HIG ni. insyaAllah save banyak masa.


sebelum kembali ke hotel, kami singgah di Dataran Lang. meriah jugak malam malam ni ya. ramai anak muda dan budak kecil dekat situ. bergambar, bergaya yang pelbagai. kami juga bergambar tapi gaya abah abah je lah haha. 


Dataran Lang. jumpa Lang dari belakang je. ni kalau Ben ada aku nak bagitau burung besau ni akan tangkap budak yang tak nak makan nasik!

hari ketiga selepas kursus kami tak melawat dah tak sempat. pukul 1.30 naik feri dan kembali ke Kuala Perlis.


jadi apa aku fikir tentang Langkawi?


satu tempat yang menarik dan tenang. traffic light banyak tapi tak rasa jam dia tu. jalan tenang je dengan kereta yang tak banyak. bandar bandar dan kawasan kampung dia pun bersih je. belakang bangunan pun bersih. 


Langkawi so calm, sampai aku fikir aku maybe akan settle sini pun best jugak. dia ada semua basic needs yang kau nak dan kau perlu. aku sukakan ketenangan, tiada trafik yang hectic. pulau yang cantik. banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. pukul berapa pun selalu tenang. tempat tempat cantik, makanan pun takde lah mahal. cuma aku kena stay lebih lama untuk observe banyak benda lagi.


ya Allah panjangnya post ni. later aku akan cerita lagi tentang conference tu. as for now aku nak rest dulu selepas penat tapau Perlis tadi. eh aku datang Perlis ke? haaha nanti aku cerita lagi.