Selepas seminggu kuarantin di rumah akhirnya aku gagahkan diri, start enjin kereta drive balik ke gua musang.
aku tengok sophie monyok je. aku tanya kenapa sedih je ni abi tengok. dia cakap la dia sedih aku pergi work. yelah. tak puas main agaknya. dah seminggu aku dekat rumah tak boleh main dengan dia. tak boleh borak. tak boleh nak gaduh. hanya the last day aku kuarantin, few hours sebelum balik gua musang tuuuu je masa yang aku sempat main, sempat bergomol, lambung lambung dia. pusing keliling rumah sampai pening.
ah anakku.
masa aku undur kereta dia dah nangis. wife aku pun dah mata merah. anakku bunyamin baru 9 bulan tengok jelah terkebil kebil paham mendee. then aku menekan pedal minyak, bergerak perlahan tinggalkan perkarangan rumah, aku lihat ke cermin sisi, Sophie menangis nangis kejar aku cakap jangan pergi kerja opie rindu.
well Sophie memang dramatic sejak kecil. namun apa yang berlaku semalam memang membuat aku hiba. bergenang juga air mata tapi tu je lah yang mampu.
perhubungan jarak jauh memang menguji kami. dan orang yang paling banyak sabar antara kami sudah tentunya wife aku. balik kerja penat dan lambat almost everyday, belum rehat dah kena uruskan anak sorang sorang. kena hari anak buat perangai memang thats it. lunyai for the day. still kena hadap sorang sorang. dan everytime dia marah, lepas tu dia akan cool, akan kedengaran suara motherly wife aku. cara bermain, support Sophie this and that. layan kerenah si Bunyamin. memang aku respect wife aku. well, that is the mother love kan.
semoga keluarga kami tabah hadap ujian ni. kalau tak aku kena ambik keputusan. mungkin perlu tinggalkan MOH, demi isteri dan tumbesaran anak anak.
moga time aku perlu untuk buat keputusan tu, aku tidak goyah.
untuk keluarga kecil ku.
Mofar Rahman.