Thursday, August 27, 2020

Perlumbaan

Hari ni aku buka facebook, layan timeline. berehat sekejap setelah seharian bergelumang dengan situasi NRP. 

ramai kenalan aku berada di putrajaya hari ni. macam meeting? course? orientation? entah lah apa yang mereka panggil. yang penting ia adalah untuk medical officer yang nak ambil or sambung pengajian jadi pakar. 


mereka kelihatan bersemangat. seharusnya mereka ini dari tertiary centre. hospital berpakar. jarang la district ada nak attend program macam ni.


macam biasa. inskiyoriti aku bertempik. membanding banding. aku tahu benda ni tak elok untuk mental dan jiwa aku. 

selalu sahaja hati aku berbisik melihat member yang berani mengambil risiko, melabur wang dan tenaga serta masa untuk sambung pengajian. mereka ini rata rata mendapat sokongan daripada pakar. jumpa boss hari hari. dapat teaching face to face. dapat kes teruk terus pakar mencelah. hari hari dapat semangat direct daripada senior.


aku? aku hanyalah pegawai perubatan hospital district. sudah hampir 4 tahun aku berada di peringkat ini dan aku sudah bosan. sudah muak. hari hari jadi boss sendiri. belajar pun separuh sahaja. pakar tak ada. memang ada kes aku belajar ketika rujuk kes namun apalah sangat.


setakat refer ke tertiary, boss accept dari sana. arrange ambulan hantar ke emergency department di tertiary, dan itu sahaja. tak ada follow up management. tak tahu sapa nak tegur. 


ada sahaja kawan yang bekerja dari sana. sebahagian besar bila ditegur tanya perihal pesakit, jarang la tidak mendengar dengusan di hujung talian. macam malas melayan. tak apa lah. itsokay. aku okay je. kau taknak layan takpe. itu hak kau. ada juga yang baik yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu. dan aku syukur masih ada yang begitu.

betul orang cakap setiap orang ada different timeline. different time zone. ada orang pace dia pantas. tup tup tup terus di puncak. tapi ada juga orang yang pace dia perlahan. menuju ke destinasi sama, tapi perlahan. dan jangan banding dengan timezone orang lain. take your time.


tapi sampai bila nak perlahan?


aku cemburu. keadaan memerlukan aku untuk dekat dengan keluarga, tapi jujur aku malas. aku hampir sudah mahu resign KKM. tidak ada cahaya untuk aku terus disini. ingin juga aku berjinak dengan bisnes, buka klinik sendiri. ramai member aku sudah give up. sudah resign KKM. buka klinik sendiri. masuk hospital universiti. semua bagi galakkan untuk join mereka. 


namun mampukah aku survive dengan akal yang kosong dengan dunia perniagaan?


oh aku amatlah tidak ampuh.