Aku baru lepas tenung jadual bertugas MO yang latest untuk bulan ni. ya Allah bullshit sangat lah diorang punya placement.
dah lah mengarut semua flow kerja. serius tak boleh brain diorang punya workflow. adakah aku terlalu lemah untuk terima semua benda ni aku tak tahulah.
begitulah kerja MO dekat district. diguna oakai henyak semahu. diguna sama tanpa mengira waktu. aku pun tak tahu nak cakap macam mana. tidak ada spesifikasi kerja.
kau lah yang jaga kecemasan. kau juga yang kena review patient dekat ward. kau jugalah yang kena pergi klinik. attend operation. kau jugalah MO kualiti, HPIA, ISO, Audit, Rekod. banyak sangat non clinical work.
benda ni lah yang aku isukan semasa proses rayuan. even aku pergi berjumpa sendiri dengan si aminah tu. cakap aku dah penat kerja dekat hospital daerah. aku rasa di abuse. aku nak fokus. aku nak berada dibawah pantauan pakar. tapi kau tahu dia hanya buat muka simpati dan suruh aku terima semua ni.
"alah baru jauh dengan isteri dengan anak 3 tahun"
kau nak suruh aku merana berapa tahun setan?
heartless gila.
memang tempat baru aku ini menguji zon selesa aku. berat hati sungguh nak pergi kerja. ya Allah, bantuin aku.
aku lemah.