Sunday, September 08, 2019

Angin Baru

Assalamualaikum

mahu tidak mahu jadinya hari ini aku terpaksa jejakkan kaki ke unit kecemasan dan trauma Hospital Besar Gua Musang. alangkah beratnya kaki aku ini untuk melangkah masuk ke situ. dengan suasana barunya. persekitaran yang tidak aku rasa sebelum ini.

setelah dua minggu aku berdolak dalik, ambil risiko korbankan masa rehat tagging, digantikan dengan percutian singkat aku dengan membawa isteri dan anak kesayangan ke hotel di sekitar Kota Bharu, adalah amat berbaloi dan tidak aku sesali. biarpun diugut nanti tak cukup rehat, nanti tak boleh harapkan senior tak boleh itu tak boleh ini, kena oncall cepat yada yada yada aku keraskan jugak hati ini untuk bersama keluarga aku. sebab aku tahu hati ini sudah teramat rindu.

isteri aku baru sahaja bertukar ke Kota Bharu, alhamdulillah dapat job yang selesa biarpun ada sedikit bullshit tapi untuk dekat dengan keluarga dia redha. namun aku pulak yang dicampak keluar dari famili dekat, sehingga ke Gua Musang.

ketika menerima offer letter untuk bertugas di Gua Musang aku menunjukkan satu reaksi yang mana orang yang melihat aku tergelak. katanya reaksi aku melucukan. namun kau tak tahu hati aku retak berkecai sepai.

ketika hari aku menerima offer letter tu Ummi aku ajak aku berjumpa dengan sepupunya yang pada ketika ini seorang yang berjawatan di Jabatan Kesihatan Negeri.

pada mulanya aku menolak, katanya malu. tak pernah bertegur sapa tiba tiba hari ni nak minta tolong.

Ummi pandang aku dan berkata "Marilah kita berjumpa dia. Marilah kita bertebal muka. tak apa ini ikhtiar. kita ni orang biasa biasa. tak siapa kenal kita. dia ni je harapan kita"

aku redha. aku sebak.



hari ni adalah first day tagging. theres lot of things need to be taken. sistemnya orangnya. karenah birokrasi nya. bagi aku hampir sama dengan semua hospital daerah. bosan.

bila orang tahu aku sudah hampir 2 tahun lebih di Unit Kecemasan pada sebelum ini everyone be like takpalah dah power management ED ni. boleh itu boleh ini. deep down aku rasa sangat insecure. diorang tak kenal aku. tak nampak lagi kebodohan dan kekalutan aku.

i need to make new friends. i have to. aku perlu survive semua benda ni. aku tak boleh ambik kisah benda kecik yang ada disekeliling aku.

hari ni aku dapat kenal pasti budaya tolong menolong yang diberi gambarkan kepada aku ketika briefing sebelum ni adalah bullshit. tak ada. tak kan pernah ada. di alaf sibuk ini masing masing akan cari peluang untuk lari. lipat melipat, curi tulang semua itu sudah lumrah sebab semuaorang penat. everyones exhausted already.

jadi aku tak boleh lagi ambil kira kecil hati orang tu orang ni. sebab kalau aku sibuk jaga hati orang, siapa nak jaga hati aku?


aku sedang tertiarap di atas katil bujang yang buruk dengan angin panas berputar di seluruh ruang bilik. tak selesa tapi itu lah yang aku ada sekarang ni.

aku sangat rindu muka lucu sedih lawa gorgeous tu. aku rindu karenah nakal anak aku. aku rindu dengan apa yang aku ada. tetapi jarak 191km sangat menyeksakan jiwa aku.

jasad aku berada di tengah hutan tetapi jiwa aku ditengah bandar. aku tiada jiwa disini.




bersabarlah duhai hati.



Mofar Rahman.