Malam ni kau orang jangan macam macam sebab aku tengok ramai yang sedang berperang
ada seorang tu dia tengah fight lawan dia punya broken heart sebab cinta dia kena tolak mentah mentah oleh someone yang dia minat.
ada seorang tu dia tengah struggling nak kerja lagi malam ni. yelah semalam dah tak tido kerja malam, pagi ni seharian setelkan anjing liar masuk rumah dia. ada anjing liar masuk rumah kau?
ada seorang tu tengah lawan perasaan mahukan seseorang yang pernah hampir menjadi miliknya, tapi terlepas.
ada seorang tu tengah fikir nak masak apa dekat rumah esok untuk berbuka. kau ingat senang ke nak pilih juadah berbuka kalau dah hari hari kena fikir?
ada seorang tu terlibat dalam kes pukul orang sebab bini kacau dia sampai dia terpaksa letak bini jauh jauh dan berulang alik tempat kerja 8jam sehari. letih jiwa. letih tubuh badan. kau ingat tenang ke kerja macam tu?
jadi jangan la kau orang datang buat hal. biar kami tenang sahaja.