Assalamualaikum.
hari ini, hari isnin. iaitu hari di mana semua orang tidak menyukainya. tidak lah semua orang, tapi hampir semua. saya suka hari isnin. sebab dekat kelantan hari isnin bukan hari pertama sekolah atau bekerja. lainlah kalau di luar kelantan. isnin hari pertama kerja. sebab tu ramai umat manusia rasa berat tulang, pemalas. tapi tak semua begitu. ada yang berkobar kobar, bersemangat waja. tambah tambah lagi yang ada interview pada hari itu. takde sangat lah monday blues tu. monday rock adalah.
ketika saya menulis entri ini, saya ditemani satu kipas baru besar gaban yang abah belikan untuk saya. murah. kipas besi tiga bilah. pasang nombor satu dah macam nak terbang katil. nombor dua? tiga? korang pikir lah sendiri ya. antara sebab saya suka kipas ini, selain power dia yang memang jitu, saya suka sebab kipas ini boleh menghalau nyamuk. kalau tidur malam tu kan, kalau tarik punat di belakang kipas tu dan jadikan dia sehala, memang cemerlang lah. bagi nyamuk, nombor satu kipas ni dah macam taufan. nak dekat kaki saya pun tak dapat. perlukan stamina dan otot kepak yang padu baru boleh hinggap. kalau saya pasang nombor dua dah give up rasanya nyamuk tu. nombor tiga? cari rumah lain.
ambik. satu perenggan pasal kipas. peh.
tepat jam pukul 8.30 pagi. saya masih disini. di dalam bilik, di depan laptop di kerusi di meja. apa makna semua ini? maknanya, saya telah ponteng elektif praktikal dekat hospital. oh lupa. sebenarnya saya sedang menjalani elektif praktikal di Hospital Megah, di Kelantan ni lah. praktikal ni bermula awal julai, sehingga akhir julai. 3 minggu, dan ini minggu terakhir saya. bila dah masuk minggu terakhir ni, otomatik tulang semua jadi berat, badan rasa mengada, buat buat demam. pendek kata, saya malas. jadinya? saya ponteng lah. lagipun esok ada bengkel pre L tiga jam. alah, nak buat lesen kereta tu, tak ingat ke? ada kursus kan? haa kursus tu lah.
dekat hospital ni, saya berada di Jabatan Kecemasan. dan di Jabatan Kecemasan ini ada beberapa orang pakar yang memang power, iaitu Dr Tegas, Dr Rileks, Dr Suka Menanya, Dr Tak Kisah Student, Dr Suka Mengajar, dan Dr Sporting. ketua jabatan tu, Dr Tegas. hari hari praktikal saya bermula sebelum pukul 8. sampai sahaja di hospital ni, tugas pertama yang perlu dibuat adalah menyelongkar meja misi dan mencari file patient mengikut katil. buat pengetahuan semua, ward ni a-
eh. korang nak baca ke ni? cerita ni boring. baik ke blog lain. amaran ni, amaran.
amboi baca jugak. lantaklah.
(sambung balik) -da lapan biji katil. saya dan rakan rakan diarah untuk ambil satu bed. dan fokus kepada bed tu. maksudnya, setiap pesakit di bed itu adalah homework saya. pagi pagi kena clerk patient tu, tanya ape benda sebenarnya diorang buat kat sini, boring sangat ke kat rumah tu, dan macam macam lagi lah. dan pada pukul 9 biasanya ada pakar yang datang. pakar pakar tadilah yang letih saya tulis dekat atas tu. diorang ada jadual. yang akan round ward pagi ni siapa, Dr tu, Dr ni, sekian dan sekian. yang paling menegangkan urat adalah Dr Tegas. dia suka masuk dan buka mulut, cakap," hah mana medical student. cepat present"
bila dah kena camtu, memang biru habis. kecut perut. senak. rasa nak makan nasi. semua bercampur baur. macam orang jatuh cinta. begitulah rasa serabutnya kepala. bila dah present tu, banyak lah yang kena hentam. perbetulkan sana sini. kadang kadang kesalahan kecik, dia tegur macam kita ni baru lepas bunuh orang. perkara macam ni lah yang membuatkan kami ketorrr kepala lutut. ada antara kami yang give up sejak minggu kedua lagi. hilang. terus. siap upload gambar makan somtam lagi. namun ada yang tegar, bertahan sampai akhir. saya? saya spisis yang hilang hilang. hilang bersebab okey. saya pergi belajar kereta. ha! nak bersangka buruk lah tu.
ward ini ada dua ward round. satu pagi, dan satu petang. pagi punya round habis pukul 11, dan petang punya habis pukul 4. begitulah hari harinya. kami dibenarkan pulang selepas ward round petang. hehe. disebabkan saya ini tak pandai bawa kereta macam kawan yang lain, lepas tu tak ada orang untuk ambil saya dari Hospital Megah untuk pulang ke rumah macam orang lain. maka teksi lah pilihan saya. terpaksa menjadi pilihan. kenapa terpaksa? ya lah. sekali naik hulur rm15. kalau dah hari hari, sengsara lah sikit. rumah saya dari hospital tak sampai 5km, tapi dah kena charge banyak tu. teksi sini, tambang macam harom.
Hospital Megah terletak di tengah bandar Kota Indah. Stesen bas Kota Indah, terletak juga di dalam Kota Indah. tapi harganya.... ya robbi. ikuti perbualan saya dengan pokcik driver teksi.
Ape? Taman Gagah? RM15 dik
Ape? dekat ni je pocik. saya naik biasa dari stesen bas RM10 je pokcik. tak sampai 5 km kot.
Taman Gagah jauh lah. takboleh tak bolehh. RM15. dari sini nak pergi stesen bas pun dah RM10.
takpalah. saya jalan ja lah ke stesen bas.
maka berjalan lah saya ke stesen bas yang jauhnya satu kilometer dari hospital. dan ambil tambang situ. begitulah saya hari hari.
dah. begitulah rutin saya setiap hari. tamat.
eh belom.
sebenarnya, bila Dr Tegas menegur kesalahan kita semasa bentangkan kes pesakit, itu adalah untuk saya. bukan untuk siapa pun. saya yang kena belajar. dia dah power. dia nak mengajar saya. tapi saya yang lari.
sebenarnya, untuk menjadi doktor, praktikal yang penting. dan untuk praktikal, perlukan usaha. termasuklah usaha untuk melepaskan duit yang banyak semata mata untuk mendapatkan praktikal. tapi saya mengeluh.
sebenarnya, praktikal ini nak membiasakan diri saya, melihat bagaimana suasana pekerjaan saya nanti. tapi saya ponteng.
sebenarnya, praktikal ini, untuk saya, tapi saya tak manfaatkannya. sebab tu tajuk entri ni macam ni.
astaghfirullah.
tapi rasanya takde lah teruk sangat kan? dari 3 minggu, saya ponteng 4 hari je. hum. ponteng tetap ponteng boss!
ni kira, membuka pekung di dada ke apa?
Mofar Rahman