Selepas mengherdik seorang mat rempit, Aizzat meminta dompetnya, lalu dilempar ke mana mana pemuda itu. kami hanya memerhatikan sahaja.
pemuda itu bangun kembali, dan berpusu pusu lari laju ke arahnya.
"ni kawase sek mung, nati mu maghi kawase aku, aku tapa mu mapuh!"
"ni kawasan kau bai, nanti kau datang ke kawasan aku, aku tampar kau sampai mampos!"
Aizzat gelak sinis.
pemuda itu terkontang kanting ke motornya, lalu pergi dari situ.
saya, atik, khairi dan firdaus, duduk di meja minum sana, terkejut. dan tergelak selepas itu melihat gelagat member kami si Aizzat itu mengepau mat motor. style.
"Kampung Cherang. 15200 Kota Bharu."
itulah yang tertera di papan tanda itu. saya baca je lah. ni kot kawasan kami. haih. saya pun tidak ingat bila pulak tempat ni jadi kawasan kami. tapi, tu lah hakikatnya.
Aizzat duduk disebelah aku, dengan hasil penge-pauannya di dalam tangan kirinya. dia duduk, lalu membuka cerita.
"sek mu tahu dok, ado oghe ghoyak, kalu male tahung baghu, kalu kito ambik gamba guno tepong, kito buleh napok hatu!"
"korang tahu tak, ada orang cakap, kalau malam tahun baru, kalau kita ambik gambar guna telipon, kita boleh nampak hantu!
semua orang pun macam ni O.O
dan kami pun memberi respon,
"nipu mung tahik"
"doso nipu gilo"
"yo lo ko mung nih"
dan sebagainya
disebabkan malam ni, adalah malam tahun baru, malam 1 Januari, kami pun cubalah. mana tahu, kot kot jadi. Atik dah keluarkan Samsung Galaxy Tab barunya yang masih berbau kedai itu, disuruhnya si Daus ambil gambar kami bersama.
Daus mula bergerak ke depan, menghadap kami, dan mula membilang
"1....2....3!" *click!*
dan dia cepat cepat lari ke arah kami. kami melihat gambar itu.
semua orang: *gulp*
nampak ada seketul diantara saya dan Aizzat, dan satu lagi di belakang si Khairi. lembaga putih berambut panjang. mukanya tiada. rambutnya putih. putih sangat.
Aizzat: power, power.
Khairi: Jom kito gi rumoh atik pulok!
maka kami pun pergi lah berkunjung ke rumah si atik. tiba diruang tamunya, atik memgambil tabnya itu, lalu mengambil gambar gelap ruang tamunya. kami pakat pakat peluk peluk dibelakang atik kerana takut.
home > menu > gallery > camera > select image
woah!
banyak gila benda putih berterbangang. dan saya mula berpeluh. Daus mula mencadangkan untuk ke kubur. saya mendengarkannya, lalu pengsan.
***********
astaghfirullah. mimpi rupanya! hish. nak exam ni kannn, banyak pulok mimpi pelik pelik. tengok jam, baru 4 pagi.
cis.