*ketuk ketuk ketuk*
apa khabar blog lama?
sekali sekala membuka cerita lama, tidak salah, bukan? tidak semua yang berada di hadapan itu betul, dan tidak juga semua yang berada di belakang itu salah. apa yang boleh di ambil, dipegang, masukkan dalam kocek jiwa masing-masing.
perbezaan yang lalu dan baru? yang lalu adalah satu timeline yang kita lalui, dan ia adalah pasti, dan telah pun terjadi. baru pula? sesuatu yang berada dalam tanggapan. sesuatu yang masih belum tiba dibumi ini. mahu contoh? hari esok. hari semalam.
hari semalam, telah kita lalui. hari esok? kita pun tidak tahu apa yang terjadi.
rajinkan lah buka buku lama, selak sehelai demi sehelai, cari cebisan cebisan kebaikan untuk dimuat, dimampat dalam kelopongan jalan di dalam hari yang mendatang.
jaga diri semua. wallahualam.