saya selalu terfikir. adakah bidang ini yang Allah mahukan saya untuk berperang. maksud saya, di lapangan perubatan ini. saban tahun, sudah 4 tahun saya disini.
jujurnya ketika saya menulis post ini, saya rasakan saya ini hamba yang tidak bersyukur. ah. teruskan sahaja. harap boleh jadi peringatan buat semua.
saya selalu merasakan, yang saya ini tidak diberi apa yang saya usahakan. sebagai contoh. hari ini. semalam saya menghabiskan masa selama beberapa jam menelaah buku kesihatan kanak kanak ini. saya tidak lah melayan youtube atau tumblr pun. saya yakin saya sudah bersedia dengan segala bahan yang saya ada, yang saya cari dan saya kumpul daripada rakan rakan.
hari ini tajuknya berkenaan nervous system of a baby. banyak yang harus di cover, dan alhamdulillah saya sudah menghafal reflex of babies anatamo-physiology of baby, umur ni buat ape etc etc. saya tahu saya sudah cukup apa yang saya perlu.
saya menghafal, saya jujur mengaku saya tidaklah se intense yang diharapkan. cukup untuk saya menggebang didalam kuiz nanti, cukuplah.
sesudah siap, saya akan buat kerja persatuan saya dan tidur. jam pun sudah lewat. pukul 1 pagi. lewat lah tu kannn.
dan pagi ini, saya mula masuk kelas dengan cuaknya. tapi okay lah. sebab saya dah prepare insyaAllah. dan tepat jam sembilan, cikgu saya masuk.
"you, anatamo-physiological specificities of infant that differ from adult"
saya: haaa?
jujurnya, saya tiada nota tersebut. saya tidak terbaca pun bahan itu. apabila selesai kuiz, cikgu mula bertanya, dan ahli kelas saya ligat menjawab. mengapa saya tak tahu? saya tunduk sahajalah. angkat kepala kembali. dan senyum.
groupmate saya mendapat soalan yang saya cover semalam. tetapi saya pula mendapat soalan yang saya tidak tahu pun nak ambil jawapannya dari mana.
dan ini bukanlah kali pertama saya diuji sebegini. sepanjang 4 tahun disini, selalu sahaja.menimpa saya. dan kadang kadang..saya letih. dalam peperiksaan sekalipun. cikgu pula mungkin pantas memberi pandangan "student ni tak prepare untuk kelas ni".
sebab itu lah saya cakap. saya takut untuk menulis post ini. sebab mungkin Allah telah bagi saya rezeki yang betul, tetapi saya tak nampak. nanti dilabel hamba yang celaka..mati saya!
banyak lagi sebabnya perasaan saya tidak layak untuk.menjadi student medic ini terganggu. nanti saya ceritakan lain kali.
terima kasih.