harum di cium, cantik dipandang, sakit dipegang :)
jam sudah menunjukkan pukul 9:55. lagi lima minit sebelum aku keluar dari tempat ni. nampaknya syif aku berjalan dengan lancar. tidak ada pula yang buat songeh hari ni. Alhamdulillah. baju putih aku, aku kemaskan, agar sentiasa segak. tudung ku, aku betulkan. tak sabar rasanya nak balik ke rumah.
tutt! jam tangan ku berbunyi. dan aku tersenyum. aku sudah off untuk hari ini. sambil keluar dari bilik pekerja, aku menggalas tas tangan ku, dan aku sangkut kan ke bahu. setelah pastikan tiada apa yang tertinggal, aku meninggalkan bilik itu.
sambil berjalan merancang apa yang aku nak buat lepas ni, aku rasa tidak selesa, dan aku rasa aku diperhatikan. aku berhenti sekejap, dan aku menoleh kebelakang. ya. aku sedang diperhatikan oleh beberapa orang rakan sekerja ku, muslimah juga. tapi aku tidak lah berapa rapat sangat dengan diorang. bukan kerana sombong, tetapi, tidak sekufu hati mungkin. entah lah. aku tidak tahu.
mereka menunding-nunding jari kepada aku, sambil bercakap sesama sendiri. dan aku mula kehairanan. dan hati aku menjangkakan ada kesulitan rasa selepas ini. serah saja kepadaNya.
mereka mula menegur aku.
"Su, kau tak boleh pakai tudung macam ni. SALAH! syarikat kita ni, mane boleh pakai tudung macam ni. engkau, kene pakai tudung macam kami. macam saya"
Dia menunjukkan cara pemakaian tudung nya. tudung nya yang putih itu kemas di masukkan ke dalam baju. nampak kemas, tapi...
aku hanya berdiam diri. memang aku diajar oleh kehidupan, untuk membiarkan orang bercakap terlebih dahulu. tiba giliran aku, aku pula akan berkata-kata.
saya diam. tunduk melihat kaki. dan mengangkat kepala melihat sekeliling. dan aku juga melihat seorang pekerja veteran mendekati aku. aku mulai berdebar. tangan ku memegang tali beg dan ku genggam. dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang ada. tapi aku senyum sahaja. sungguh. itu sahaja yang aku mampu.
"Su, sebagai mak guard kan, engkau kene sentiasa kemas. tudung kene masuk dalam. baru nampak segak. tudung macam tu, nampak serabai. tak elok dipandang orang. nanti apa pula orang cakap dekat company kita ni"
semua orang terdiam. kelihatan mereka yang menegur aku tadi bersetuju. kelima mereka kelihatan diam. aku rasa, mereka sudah lama memerhatikan aku. Ya Allah. apa salah aku.
kiranya, sudah sampai giliran ku.
"Mak cik, saya buat semua ni, saya nak jaga aurat saya. saya nak tutup apa yang sepatutnya saya tutup. saya nak jaga kehormatan saya sebagai seorang muslimah"
"alah, engkau masukkan pun tak ape. nampak sikit aje"
aku kegeraman, dan perasaan aku kacau bilau. Ya Allah tolong aku!
"saya buat semua ni, bukan atas tuntutan siapa siapa. saya buat ini, kerana Allah. Allah yang suruh saya jaga aurat saya. saya harus ikut perintah Dia. sebab perintah Dia lagi besar daripada tuntutan syarikat. lagipun, saya rasa En.Lim tidak kisah tentang pemakaian saya."
mereka semua terdiam, dan memandang satu sama lain. ada yang kesal, ada yang tunjuk muka tidak puas hati. aku cuba mengawal kemarahan. dalam hati aku parah!
sambungnya lagi. "tapi, dah law kat tempat ni macam ni, nak buat macam mana".
suasana terdiam sebentar dan aku rasa, tidak lah perlu aku lagi disini. membimbit rapi beg tangan dan aku mula melangkah.
"terima kasih lah semua kerana menegur saya".
tanpa melihat wajah mereka, aku melangkah keluar dari syarikat itu. tiadalah baiknya lagi aku disini apabila rakan sekaumku, seagamaku sendiri, menegur aku sebegitu. cukup lah sampai disini. membuka pintu kereta, dan terus memandu kerumah. dalam perjalanan, hanya kesal di dalam hati. dan hanya padaMu, aku berserah.
tidak! ini bukan cerita saya. ini kisah kawan saya. dan kisah ini benar.
kepada Muslimah yang memperjuangkan hak sebagai wanita Islam,
"jadilah pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang makhruf, serta jangan pedulikan orang orang yang bodoh" (7:199)
dan ingatlah bahawa,
"dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang baik." (29:69)
dan..
"janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" (9:40)
Wassalam.
