Thursday, May 12, 2011

Robot Sims

salam alaikum


bangun pagi-pagi menguap! alhamdulillah. terasa indah. terkena pancaran matahari yang memancar kena muka. sungguh segar, kulit pula menyedut dengan rakus Vitamin D dari sinaran matahari. membetulkan tulang belakang, menoleh kiri dan kanan. buat stretching sedikit di tepi katil. woah. sangat bersedia untuk hadapi hari ini!


saya kononnye.




ok. saya tipu. tipu je semua tu. saya bangun tido terus solat, bersiap. malas buat semua tu.




masa tengah khusyuk membuat kerje sekulah (heh. khusyuk lahh sangat!) saya teringat pasal apa yang terjadi dekat saya masa 10 mei hari tu. kalau awak awak semua nak tahu, hari tu, saya naik trolley bus. bas ni, macam troli lah. ada bas, campur dua batang besi atas tu yang menghubungkan wayar elektrik dengan bas tu. sebab bas tu guna elektrik sebagai sumber tenaga. bersih bersih. tiada pencemaran. suka suka. (ergh.. suka la sangat. lambat).



uhuk uhuk. tengok gambar pun da nak batuk. cepat cepat scroll kat bawah!




nak dijadikan cerita, saya berdiri dalam bas tu, di depan muka pintu. kalau bas tu berhenti, saya pandaipandai la menyelit undur ke belakang, supaya orangorang yang nak keluar senang. takdelah saya pulak jadi road block depan tu. tapi tapi, ada dekat satu stesen ni kan, nama dye Sovremennik. masa tu, kat atas bas dah takde orang sangat. bas tu berhenti lah. dan saya lakukan rutin saya lah selaku manusia depan pintu. ada pakcik tu nak keluar. sekali dia tolak saya ke belakang dengan briefcase dia. huh. ke lagi belakang saya ni. Eyy, gurau kasar pakcik. padahal dah cukup kot ruang saya bagi untuk dia keluar. urgh. mungkin, dia nak masa pintu tu terbuka, saya berlarilari pergi duk sebelah driver bas. tak nak lah saya. lagi lah kene pukul.


tak faham. geghamm.


saya rasa panas sangat masa tu. nasib baik saya ada bawak kertas A4 dalam bag saya ni (fufu. xde kaitan). rasa jugak nak angkat pakcik tu, letak atas bahu, usung ke jambatan lempar kat bawah. sambil-sambil dia jatuh tu, saya boleh lah lempar basikal ke, batu bata ke ape ke. pastu saya lari lari naik bas balik. saya tak kesah, sebab ada bas pass free (oyeah!). tapi saya sabar. Islam kan ajar kita untuk bersabar. (eleh., bajet buat je).


saya terfikir lah jugak. kenapa beliau buat begitu. macam-macam saya fikir. adakah dia marah sebab saya selaku makhluk asing di bumi russia naik bas sekali ngan dia? sebab saya pakai ribbon "hari pahlawan" (kununnye bagi diorang) tapi saya tak pergi sambutan tu? (aik? macam mana dia tahu?) sebab saya pakai jam casio? entahlah. saya pun tak tahu. saya malas fikir. baik saya fikir pasal kelas saya selepas tu.hesh.




yep. saya setuju dengan gambar ni. no matter what happen, senyum je. if it doesnt cure yourself, you might cure others! 




ok. cukup dengan imbauan. sebenarnya, nak cerita. kehidupan saya ni, seakan-akan pack. takde lah nak cakap saya ni sibuk. (sesetengah orang eja sebok saya tak kisah). dalam kepala ni, macam dah tersusun task task yang perlu diselesaikan. benda ni. benda tu. terasa nak jugak entertainment, sosial ape semua. nasib baik saya takde tanda hijau atas kepala. kalau tak, sah sah saya tengah jadi watak dalam The Sims.





ye. saya tahu sims tu ape bende. tak perlu tunjuk gambar. 




tidak! saya nak tak nak jadi robot! saya nak jadi saya macam sebelum ni. alahai. saya yang rileks. saya yang suka masak (err..). saya yang ape-ape jelah!. yang penting saya yang dulu. sekarang macam kene selesaikan task task dulu baru rileks. sabor sabor sabor. kejap je lagi. nanti lepas exam oyeah! OYEAH!! (saya tulis sekali lagi, nak suruh awak awak semua excited macam saya).


saya dengar banyak jenis music hari ni. tak ada satu pun yang dapat sesuai dengan jiwa saya. kenapa yea? (kepelikan)




wassalam.










dah.








udah udah le.
dah habes da entri ni.