Monday, May 23, 2011

Kereta Merah

Salam Alaikum



Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek.


saya nak kereta ini. kereta ini warnanya merah. senang bawa saya ke mana. boleh saya pergi ke mana-mana sahaja saya nak. tak perlu lah saya di sekat-sekat. saya boleh bawak laju-laju. supaya nanti tiada orang mengikut saya. boleh saya pergi ke tempat sunyi. tapi saya takut tempat sunyi, sebab tempat sunyi ada syaitan. syaitan suka bisik-bisik ke telinga saya. nanti saya akan buat dosa. saya tak nak.

saya nak kereta ni. nanti saya boleh vrooom sana sini. saya boleh tinggalkan ibu kota. saya boleh pulang ke kampung dengan jayanya. saya boleh lari dari kereta-kereta hitam dari kejar saya. saya boleh buka tingkap sambil memandu, nanti angin-angin masuk dalam otak saya. nanti saya tenang. barulah saya boleh senyum-senyum. 

saya nak kereta ini, sebab saya boleh pandu laju-laju keluar dari dunia saya sendiri. biar saya melawat dunia orang lain pula.

saya nak kereta ini. biarpun saya tahu, saya tak akan mampu bayar, tapi saya nak juga. saya tak kesah apa orang nak kata. sebab ada pepatah cakap keep dreaming, because dreaming is boundless, as long it is logic. tapi saya tak suka bermimpi, sebab nanti bermimpi, bila sedar kembali, sudah masuk ke alam nyata. bila sudah nyata, bermula hidup saya kembali.

jangan lari dari masalah wahai diri. hadapinya.






wassalam.


p/s: ah tidak! saya buat entry mengarut lagi.